Breaking News

Sinopsis Drama Kerana Cinta Itu Ada

Sinopsis Kerana Cinta Itu Ada

Pertemuan Nabila Aulia ataupun Bella (Nabila Razali) dan Tengku Aisy Mateen (Aedy Ashraf) dimulakan dengan insiden pergaduhan kerana berebut bunga Lily di kedai bunga. Bella berhenti kerja di sebuah hotel dan pulang ke kampungnya. 

Tengku Aisy mengambil keputusan untuk mengambil alih hotel milik bapanya setelah terdengar perbualan Zhafran (Syazuwan Hassan) dan ibu tirinya, Tengku Lydia (Emelda Rosemila) yang ingin membolot semua saham hotel bapanya. Keputusan ini telah membawa kepada pertemuan semula Aisy dan Bella yang kini menguruskan resort milik keluarganya di kampung, Vila Paksina. 

Zhafran memperkenalkan Dahlia (Puteri Khareeza) kepada ibu angkatnya, Tengku Lydia tapi Dahlia dihina oleh Tengku Lydia. Zhafran yang terpengaruh dengan kata-kata Tengku Lydia mula mengejar cinta Bella dan tinggalkan Dahlia. 

Kedatangan Tengku Aisy telah menarik perhatian Dahlia. Dahlia cuba memikat Tengku Aisy tetapi Tengku Aisy telah melamar Bella sebagai isterinya. Dahlia semakin membenci Bella tetapi dia masih berbuat baik dengan Bella demi kepentingannya.

Menjelang hari pernikahan, Bella difitnah mempunyai hubungan dengan Rayyan (Alvin Chong). Oleh kerana trauma dengan kecurangan bekas tunang, Aisy terus menghukum Bella tanpa berfikir secara rasional. Aisy mahu memutuskan pertunangan tetapi Bella merayu Aisy untuk hadir ke majlis pernikahan demi maruah ibu bapanya. Aisy bersetuju dengan mengenakan syarat pada Bella. 

Aisy menyakiti hati Bella dengan tindakan memilih Dahlia. Bella semakin terluka melihat Aisy dan Dahlia. Bella nekad sambung belajar dan meninggalkan surat untuk Aisy melepaskannya. Setelah beberapa tahun, Bella pulang ke Malaysia dan terkejut bahawa dia masih isteri yang sah kepada Aisy. 

Masihkah ada peluang untuk Aisy membetulkan kesilapannya? Dapatkah Bella menerima Aisy kembali sebagai suaminya? Apakah yang terjadi kepada Dahlia yang sanggup mengkhianati sahabat baik demi kepentingan diri? 

Dilakonkan oleh :  Aedy Ashraf sebagai Aisy (Tengku Aisy Mateen), Nabila Razali sebagai Bella (Nabila Aulia), Puteri Khareeza sebagai Dahlia Rizal, Alvin Chong sebagai Rayyan, Syazuwan Hassan sebagai Zhafran, Raden Zaharatul sebagai Dayyan, Emelda Rosemila sebagai Puan Dhia, Mas Anizan sebagai Puan Alawiyah, Dato Shah Rezza sebagai Encik Nazri, Safura Yaakob sebagai Puan Hasni, Syaffiq Sahli sebagai Nahfiz, Dian P Ramlee sebagai Puan Arifah, Husna Mustaffa sebagai Aina, Anas Ridzuan sebagai Mamat, Saidah Kamarudin sebagai Yana, Nick Naem sebagai Edie, Najua Pramlee, Edika Yusof

3 comments:

  1. semalam tertengok sekejap... eh dah mengandung pula si Bella hahaha

    ReplyDelete
  2. sedih pula tengok cerita ini..bila cinta itu dikhianati...

    ReplyDelete
  3. baru layan cerita ni masa dah nak habis..best jugak..bengang betul tgk talam 2 muka, dahlia tu..

    ReplyDelete