Korang Kecil Hati Tak Kalau Korang Tak Dijemput?
Assalamualaikum..
Wah, tajuk entry bukan main lagi. Sebenarnya tiada idea nak updates apa dalam entry baru ni. Tiba-tiba teringatlah satu kisah yang baru berlaku beberapa hari lalu. Kiranya seisi meluah perasaan lah ni. Bukan kecil hati tapi tu lah. Eh, nak cakap macam mana eh?
Entah hari apa Cik Nor scroll FB nampak kawan post gambar dia pergi kenduri kahwin. Tengok gambar, yang kahwin tu pun kawan satu sekolah Cik Nor jugak. Tiba-tiba dalam hati terdetik, sampai hatinya dia tak jemput aku pergi kenduri kahwin dia, Padahal aku ada jer kat rumah ni. Ke sebab aku tak kerja, so tak ada duit lah nak beli hadiah untuk dia. haha. Sampai ke situ Cik Nor fikir, sebab kawan-kawan lain semua dia jemput.
Tapi tak kisah pun kalau dia tak jemput, tak rugi duit Cik Nor kena beli hadiah untuik dia. Nampak disitu betapa kedekutnya Cik Nor ini.haha. Kat sini kalau kenduri kesyukuran, korang pergi makan jer tak perlu bawa apa-apa. Tapi kita orang perempuan dia rasa janggal pulak kalu tak bawak apa-apa. Paling kurang bawak juga gula 2kg atau hadiah untuk pengantin. Kat sini kalau yang mak-mak mesti bawak gula, susu, biskut dan lain-lain lagi pergi kenduri kesyukuran. Yang muda-muda macam Cik Nor ( haha) mesti nak bawak hadiah punyalah. Yang bapak-bapak pergi bawak perut jer lah.
Berbalik kepada cerita kawan kahwin tadi, Cik Nor sikit pun tak kecik hati kalau dia tak jemput. Lagipun dia kahwin untuk kali ke 2 bukan first time kahwin. hehe. Cik Nor pula jenis tak suka pergi tempat ramai sejak ada covid ni. Korang faham-faham bila tinggal dengan warga emas ni serba serbi kena jaga. Kalau kita demam automatik mereka akan berjangkit.huhu. Benda boleh elak baik kita elak.
Kalau kenduri saudara mara wajib kena pergi, kawan-kawan ni slow sikit. hehe. Lagipun kalau jumpa kawan-kawan lama ni banyak pulak gossipnya. Malas nak tambah dosa-dosa kering lebih baik tak dijemput.haha. Eh. panjang pulak merapunya. Kalau korang macam mana, kalau kawan kahwin kita tak dijemput?
Baca juga : Musim Kenduri Kahwin
Muda-muda dulu ye la kut terasa..haha jiwa muda
ReplyDeleteSekarang biar jer..malas nak fikir benda2 macam ni..
Dijemput insyaAllah hadir, tak jemput tak ada masalah..
x jemput pun x apa..jimat duit..kalau jemput dlm group tu x wajib gi..tp kalau dia DM card personally, kena gi lah tu deh..
ReplyDeletememula dpt tahu tu mmg laa kecik hati. tp lepas tu sy ignore jelah. malas nak fikir. ada byk lg perkara lain yg menyesakkan kepala sy drpd memikirkan kenapa dia tak jemput
ReplyDeletetak dijemput bukan rezeki...perkara biasa jer tu..apa nak hairan
ReplyDeleteKalau musim sekarang ni xpelah x dijemput, tgk gambar dr medsos je lah
ReplyDeleteTak dijemput tu bukan rezeki kita la tu
ReplyDelete