Breaking News

Hampir Seminggu Hilang..

 

Assalamualaikum..


Cik Nor buat hal lagi, awal tahun tahun dah seminggu hilang dari radar. Tak updates blog langsung. Bukan mood ke laut mati tapi kuota internet dah habis awal sebelum tarikhnya. Cik Nor renew data internet sebulan sekali, kalau dah habis awal dari tempohnya memang malas nak renew lagi. Tunggu tempohnya sampai baru beli yang baru. Zaman sekarang zaman berjimat, so guna jer lah internet basic dlu..hehe

Tambahan pula aktiviti jualan kecil-kecil Cik Nor tak berapa laris, so kena jimat-jimat la sikit penggunaan internet. Rasanya tahun ni novel Cik Nor baru terjual 3 buah. Tu pun dah syukur sangat. Manakala baju bundle pula 3 helai skirt baru terjual.  Dalam berniaga ni kena banyak bersabar, sebab ada turun naiknya. Kalau kurang sabar habis dah novel-novel ni Cik Nor bakar.haha

Tak kurang jugak ramai yang joy buyer, elok dah booking lepas tu tak jadi pulak. Orang lain nak kita tak bagi sebab dia dah booking. Penyudahnya kita yang rugi. Ada juga yang asyik booking lepss tu sama masa nak ambik mintak hold lagi sampai minggu depan la, bulan depan la nasib baik bukan tahun depan. Kalau tahun depan memamng kena maki sebakul la.hehe. Tak la, Cik Nor baik tak pernah maki orang. Kalau nak maki pun maki dalam hati jer. Kan sopan giteww..

Cik Nor kalau orang tanya pun dah berbunga hati, tak jadi beli pun tak apa . Jangan jadi joy buyer jer. Asyik bertnagguh nak ambik, last-last tak jadi ambik. Orang yang tanya nak beli pun dah tak nak juga sebab dia dah beli tempat lain. Akhirnya novel ke baju tu terperam kat bilik jer..huhu. Nak cerita pasal apa tak updates blog lama jer tapi mellaut pasal aktiviti jualan lah pulak Cik Nor ni.

Stop dulu lah, see u next entry..

Baca juga : Bila Kami Pergi Kenduri

6 comments:

  1. Semoga urusan harian kita dipermudahkan ye Cik Nor, tak mudah nak survive jaman now. Insya Allah, sentiasa ada rezeki untuk yang berusaha..

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan semua urusan. bagus jual2 benda prelove.. dapat topup2 duit perbelanjaan kita.

    ReplyDelete
  3. teruskan membuat promosi secara on9 n off9... semoga biz cik nor akan kembali maju spt dulu...

    ReplyDelete
  4. adat berniaga mmg mcm tu cik nor. hati dgn semangat mmg kena kuat.

    btw apa kata sy cadangkan cik nor buat live atau blast content byk2 masa minggu2 org bergaji? sbb time tu keinginan berbelanja pun tinggi...

    all the best cik nor!

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam cik nor
    Semoga business ciknor maju jaya
    Jgn lupa bw blog Rabia tau

    ReplyDelete