Breaking News

Pengalaman Beli Rumah PR1MA


Assalamualaikum..

Nak beli rumah dan buat rumah sendiri memang banyak nak kena fikir. Proses nak bina lagi memeningkan kepala. Bagi tiidak memening kan kepala korang apa kata baca blog dawaibesi.com tentang pengalaman Nas Nuri Kontraktor banglo  di Shah Alam. Lepas tu baru boleh buat keputusan sama ada nak beli yang dah siap atau nak bina sendiri.

Beberapa bulan lepas Cik Nor ada mendaftar untuk membeli rumah Pr1ma. Sebenarnya saja-saje jer isi permohonan sebab gaji pun tak cukup RM2500.00. Itu syarat utama untuk mendapatkan rumah Pr1ma sebagai rumah pertama anda. Masa Cik Nor daftar tu, slip gaji dah lain-lain dokumen pun tak attach sekali masa borang dihantar secara atas talian.

Setelah sebulan atau 2 bulan selepas tu Cik Nor terima 1 email yang menyatakan pemohonan untuk rumah Pr1ma Tok Bali telah dibuka. Cik Nor apa lagi cuba la nasib nak dapat rumah di Tok Bali tu. Bila keputusan keluar check nombor pendaftaran Cik Nor ternyata nasib tidak menyebelahi Cik Nor. Cik Nor memang dah niat selagi tak habis bayar kereta malas nk fikir lagi pasal rumah.

Tiba-tiba minggu lepas Cik Nor terima email lagi supaya datang untuk pemilihan rumah Pr1ma. Terkejut jugak la sebab tak sangka dapat. So, semalam pergi la juga sebab nak tahu macam mana produser nya. Ternyata begitu rumit. Mula-muka sekali daftar kat kaunter Pr1ma dengan melampirkan email jemputan dan salinan kad pengenalan. Kemudian ke kaunter ctos untuk memastikan kita bebas dari hutang tertunggak. Untuk semak ctos atau ccris kita perlu membayar RM10.00 bukan percuma ya.

Cik Nor sangkut tak Ptptn kerana ada tunggakan bayaran balik. Nak tak nak kena settle kan dulu Ptptn dahulu bayar dapat buat pinjaman. Dah siap berbincang macam mana untuk bersihkan nama dari ccris, Cik Nor ke kaunter bank untuk mencari mana-mana bank yang boleh dibuat pinjaman untuk membeli rumah Pr1ma. Mula-mula ke kaunter CIMB, bila staf diaorang check hanya RM19k sahaja dapat diorang bagi pinjaman. Hampa..dok bincangz-bincang dengan kakak ternampak kaunter BSN kosong. Try la tanya. Hurmm...hampa juga kerana sema perbelanjaan diambik kira termasuk kakak sebagai pembeli bersama pun perbelanjaaannya diambil kira. Kalau nak juga buat loan boleh tapi Cik Nor kena adjust slip gaji dan statement bank supaya up sikit dari gaji asal Cik Nor.

Fikir punya fikir dengan kakak, lagipun masa kat kaunter BSN tadi staf dia ada cakap rumah yang tinggal rumah berharga RM166K++. Mana nak bayar loan, nak bayar lawyer lagi. Tak apa lah, tak ada rezeki lagi nak miliki rumah sendiri. InsyaAllah, mungkin rezeki dimasa akan datang. Aamiin.

Mungkin rezeki Cik Nor nak bina rumah sendiri tak ada lagi tapi tidak pada korang. Korang yang berada di sekitar Shah Alam dan Sepang yang berura-ura hendak membina rumah sendiri apa kata korang lawati dawaibesi.com. Mana tahu kot-kot korang berkenan dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Moga-moga impian korang nak bina rumah sendiri tercapai..aamiin.

12 comments:

  1. Semoga urusan permohnan pembelian di kabulkan ya

    ReplyDelete
  2. insyallah.. rzezeki pasti ada kak nor..

    ReplyDelete
  3. salam cik nor.saya pun ada mase pemilihan di tok bali tu..saya cume xsmpat tya bank berkenaan dgn interest.cik nor rse bank mne yang sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam..owh..ye ke? tak pasti jgk tu sbb cik nor semua bank xlepas loan..masing2 nak gaji tinggi..huhu

      Delete
  4. sy apply n dpt tp sy tolak sbb kaw perumahan tu cuma 6km je dr kilang getah. sy g ms hari pelancaran rumah tu. ya allah, pening n nak muntah sbb bau getah. x dpt imagine cm ne kalu nk ddk situ (sedih diorg x mention pn psl lokasi kilang getah tu)

    ReplyDelete
  5. Mungkin ada hikmahnya cik Nor tak dapat rumah tu. Takpe cik Nor akan ada lagi rezeki untuk Cik Nor. Moga semua urusan dipermudahkan ye

    ReplyDelete
  6. smoga urusan cik nor dipermudahkan. aminnn

    ReplyDelete
  7. Mmg leceh nak beli rumah ni, depositlah, duit lawyerlah. Pening ah. Nasib beli rumah dulu husband banyak yg uruskan. Kalau harap mak sorang mmg tak terbeli jugaklah kot.

    ReplyDelete
  8. Tak pe, Cik Nor..insyaallah ada rezeki lain nak beli rumah tu..slow2..

    ReplyDelete
  9. ada kawan suruh mohon juga, tapi tak cuba2 pun

    ReplyDelete
  10. In shaa Allah ade rezeki Cik Nor nanti. OM beli rumah prima pun atas nama loan suami, nak kombine tak lepas, sebab OM tak habis lagi loan kereta.

    ReplyDelete
  11. Tak apa ciknor.. in shaa Allah, ada rezeki lain tu

    ReplyDelete