Breaking News

I Can See Your Voice Malaysia ( Musim Ke 5 ) - Minggu Ke 6

 


Assalamualaikum..

Sudah sememang setiap hari ahad malam isnin, Cik Nor akan menonton I Can See Your Voice Malaysia. Nak buat macam mana cerita lain tak ada, kita layan jer la rancangan ni. Lagi pun satu family pun layan. haha. Bukan nak tengok peserta tapi nak tengok kebijaksanaan juri jemputan meneka mana penyanyi sebenar dan mana yang menyamar.

Pada minggu ni juri jemputannya ialah Zamani (Slam). Alahai sedih pulak tengok keadaan Zamani sekarang ni. Dah jadi bongkok macam tu, kata orang sebab sakit tulang belakang. Sama-sama kita doakan moga Zamani dapat pulih seperti biasa.

Manakala panel penyiasat jemputan pula ialah Hazama, Black Hanifah dan Ropie Cecupak. Panel penyiasat tetap sudah semestinya Janna Nick, Andee Bernadee dan Rosyam Nor. Memang riuh la stage I Can Your Voice malam ni dengan kehadiran 3 panel penyiasat jemputan.

Malam ni nasib baik Zamani dapat berduet dengan penyanyi sebenar. Kalau berduet dengan penyamar, berduitlah penyamar tu sebab dapat bawa balik RM3K. Dah la suara sedap, lawyer ppulak tu.hehe

Baca juga : I Can See Your Voice Malaysia ( Musim Ke 5 ) - Minggu Ke 5

1 comment: