Bila Harga Ayam Melambung
Assalamualaikum..
Sejak bulan puasa lagi kedengaran tentang kenaikan harga ayam yang mendadak. Sehingga ke hari bulan Syawal harga ayam masih di tahap yang tinggi walaupun ayam melebihi permintaan. Rata-rata kalau dilihat peniaga ayam tetap berkeras meletakkan harga yang tinggi walaupun ada harinya ayam dijual tidak habis.
Kalau kat tempat Cik Nor, sebelum puasa harga ayam sekilo sekitar RM8.50 ke bawah. Masuk bulan puasa harganya naik lebih dari RM8.50. Bila masuk musim raya lagi naik sekitar RM8.70 sekilo. Walaupun bulan syawal tetap berlalu, harga ayam tetap juga di paras RM9.20 sekilo. Memang agak membebankan kerana rata-rata rakyat Malaysia bergaji B40. Kena pula yang ada anak ramai, memang haru juga nak meneruskan hidup.
Kalau macam rumah Cik Nor, seekor untuk seminggu. Beli ayam tu pun sebab nenek ada kat rumah Cik Nor. Dia nak makan ikan tak boleh sebab makan dah kurang nampak takut tercekik tulang pulak. Kalau dia tak ada Cik Nor suka beli ikan, telur, sardin menggantikan ayam yang mencekik darah tu. Sekali sekala tukar dengan daging.
Kena cari alternatif yang terbaik untuk meneruskan hidu dizaman serba mahal ini. Macam Cik Nor kat kampung ni senang, tak ada sayur atau ulam kutip jer tepi-tepi pagar. Kalau yang kat bandar, macam manlah mereka memeruskan hidup. Nak bercucuk tanam pun susah, tambah-tambah mereka yang tinggal kat flat.
Sama-sama lah kita berdoa moga harga-harga makanan di Malaysia turun ke paras yang normal supaya tidak ramai rakyat Malaysia yang meninggal bunuh diri akibat tekanan hidup.
Baca juga : Resepi Rendang Itik
emmm kan harga tak turun2 ni
ReplyDeletesini tiapkali ke rosyam mart asyik xda ayam je
Bagi saya yang tinggal di awangan ni memang makan cukup-cukup je. elak membazir dan bila perlu je
ReplyDeleteMujur kita jarang makan ayam ciknor.. harga ayam pun kita tak tahu.. suka ikan lagi
ReplyDeleteabe kie yg golongan M40 ni pun terbeban... apa lg org B40? agaknya kena makan telur n ikan kering je la nanti...
ReplyDeletebru ni beli ayam, sekilo rm10.5 kat kedai runcit. aihh nak makan..beli jugak lah...
ReplyDeleteSy suka makan ayam
ReplyDelete