Breaking News

Apa Itu Kanser Serviks?


Semua wanita berisiko untuk menghidap kanser serviks, lebih-lebih lagi wanita yang berumur lebih daripada 30 tahun. Kanser servik adalah sejenis kanser yang bermula pada bahagian serviks wanita. Kanser serviks jarang menunjukkan sebarang simptom awal. Namun, ia boleh dikesan melalui ujian saringan dan pemeriksaan yang kerap.

Seperti kanser jenis lain, kanser serviks berlaku apabila sel yang bersifat malignan (kanser) terbentuk pada tisu di sekitar kawasan rahim. Di Malaysia, kanser serviks turut dikenali dengan nama kanser pangkal rahim. Wanita yang sudah berkahwin ataupun mempunyai kehidupan seks yang aktif berisiko untuk menghidap penyakit ini.

Hampir semua kes kanser ini (99%) adalah berkaitan dengan jangkitan human papillomavirus (HPV). Virus ini merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui hubungan seksual. Di Malaysia, kanser serviks merupakan kanser ketiga yang sering berlaku. Dianggarkan sebanyak 1682 wanita didiagnos dengan penyakit ini dan 944 wanita daripada jumlah tersebut meninggal dunia.

Institut Kanser Negara menggalakkan wanita yang berusia 20 tahun ke atas yang kerap melakukan seks untuk menjalankan ujian saringan sekurang-kurangnya setahun sekali untuk tujuan pencegahan. Selain itu, anak gadis yang masih remaja pula disarankan untuk mengambil pelalian HPV.

Pengambilan vaksin HPV boleh mengurangkan risiko seseorang daripada menghidap penyakit ini sebanyak 70%. Namun, vaksin ini perlu diberikan sebelum individu itu terdedah dengan virus HPV. Vaksin tidak akan berkesan terhadap wanita yang pernah mengalami jangkitan HPV.

Oleh sebab itu, pelalian HPV akan diberikan secara percuma kepada semua gadis yang berumur 13 tahun di Malaysia. Suntikan akan diberikan sebanyak 3 kali – suntikan kedua sebulan selepas suntikan pertama manakala suntikan ketiga 6 bulan selepas suntikan kedua.

Kanser ini merupakan salah satu jenis kanser yang mempunyai kadar kesembuhan yang tinggi. Walaupun dikesan ketika ia sudah mencapai tahap 3 atau 4, kanser serviks masih boleh dikawal dengan rawatan dan penjagaan paliatif yang sesuai.

Sumber : Sini

Baca juga : Apa Itu Bipolar Disorder

3 comments:

  1. terima kasih untuk perkongsiannya cik nor

    ReplyDelete
  2. lepas kematian arwah adibah noor baru cakna sikit mengenai kanser servik ni

    ReplyDelete