Breaking News

Performance On Google Search For October 2021


Assalamualaikum..

Alahai Cik Nor ni, dah bulan Disember baru terhegeh-hegeh nak updates performance bulan Oktober. Kalau makanan dah lama basi ni. Hehe. Tapi dah nama performance memang tak akan basi sampai bila-bila. Cuma ada orang nak baca ataupun tidak jer sebenarnya. Hihi. Tapi kalau Cik Nor tulis kat blog sudah semestinya ada yang intai walaupun tak baca sangat. Betul tak?

Penat performance blog sejakakhir-akhir ni. Assyik down tak sudah. Rasa giveup pun ada dah ni. Tapi inilah tempat cari makan sejak berhenti kerja dulu. Nak tak nak kena teruskan juga sebab inilah mata pencarian Cik Nor. Tanya kawan-kawan blogger kena blog slow sekarang ni, mereka kata sebab templete. Kena tukar template la. Aduh, ini lah pening.

Nak tukar tamplete kena suruh orang lain buat, nak buat sendiri takut hancur pulak blog jadinya. Duit nak bayar upah ada tapi itulah kena bayar yang lebih penting dulu. Tengah mencari duit extra ni nak edit blog ni kasi laju sikit. hehe.

Paling banyak dalam pencarian untuk bulan ini ialah entry tentang pantai cantik di Kelantan. Ini mungkin sebab rentas negeri dibenarkan, masing-masing nak balik bercuti dan rehatkan minda kot. Yang lain-lain entry resepi masakan dan juga drama. 

Korang punya blog macam mana? Laju ke slow? Meh la kongsi..:)

5 comments:

  1. Nak kata laju tak laju, nak kata slow sangat tidak la pula.

    ReplyDelete
  2. Saya perasan lah ada sedikit penurunan

    ReplyDelete
  3. pageview sendu 2,3 bulan ni. menulis saja dengan harapan ada yang sudi membaca

    ReplyDelete
  4. Tgk perfomance blog saya & page view harian macam besa. Memang ada baca gak geng blogger habaq kalau nak laju kena tukar template blog. cari yang mesra SEO..

    ReplyDelete
  5. dah turun hancur berderai dah.. haha...

    ReplyDelete