Breaking News

Performance On Google Search For August 2021


Assalamualaikum..

Sepatutnya entry ni Cik Nor publish bulan lepas tapi nak buat macam mana empunya blog kena penyakit M maka lewat la sikit publish nya. Sejak 2 menjak ni macam tak ada idea sangat nak menulis. Otak pun rasa tepu nak keluarkan idea. Bila buat blog nak tulis entry baru terus blurr. Penyudahnya copy dan paste media release sahaja sebab dah tak tahu nak tulis apa.

Bulan ni rasanya agak merundum pageview kat blog Cik Nor. Tak banyak carian kot kat google. Biasalah kan blog suam-suam-suam kuku.hehe. Tak tulis kan orang tanya, Dah tak menulis blog ke sekarang ni. Serba salah pulak dibuatnya.

Bulan ni entry paling banyak dalam cari ialah drama bersiri seram iaitu Drama Ghaib. Drama ni dah lama sebenarnya Cik nor tulis, kalau tak silap pada tahun 2019. Asal cerita ni kat youtube. Tapi bila ditayangkan kat tv terus jadi tranding semula.  Satu lagi telefilem Mak Tak Bagi Balik. Walaupun dah beberapa kali tayang kat tv  tetap jugak trending. Mungkin sebab telefilem ni terkesan kat hati penonton tu yang mereka tak jemu bila di tayangkan berulang kali

Korang punya performance untuk bulan Ogos macam mana? Mesti lagi gempak dari Cik Nor kan? Meh la kita pakat kongsi. Mana tahu boleh tambah pageview kat blog.

2 comments: