Breaking News

SESI WEBINAR TOURISM SELANGOR DENGAN PEJABAT TOURISM MALAYSIA DOMESTIK SELESAI “PUSING” SEMENANJUNG MALAYSIA

Sesi Webinar dengan Pihak Tourism Malaysia Wilayah Timur, Akhiri Sesi Jelajah Alam Maya ke Semenanjung Malaysia sebelum disusuli ke Wilayah Malaysia Timur

Kolaborasi julung-kali pihak Tourism Selangor dengan pihak Pejabat Tourism Malaysia Bahagian Domestikuntuk beberapa siri Webinar “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!”secara atas talian bagi mempromosikan produk pelancongan Negeri Selangor kepada wakil penggiat industri setempat, semakin hampir ke penghujung.

Bermula bulan Jun lalu, sesi Webinar tersebut telah diadakan bersama Pejabat Tourism Malaysia Bahagian Domestik, serta Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Selatan, Wilayah Tengah dan Wilayah Utara, sebelum ianya melabuhkan tirai  “pusing” Semenanjung Malaysia, dengan sesi Webinar sama diadakan dengan Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Timur, pada 28 September.


Sesi Webinar yang merupakan salah sebuah usaha promosi pelancongan domestik Negeri Selangor seiring dengan pembudayaannorma baharu, akan menjelajah secara maya ke Malaysia Timur pula dalam masa terdekat ini.

Aplikasi ‘Zoom’untuk sesi tersebut dilihat meriah dengan penglibatan seramai hampir 50orang peserta yang terdiri dari penggiat industri pelancongan bertempat di Negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu, serta wakil dari Majlis Perbandaran Bentong, Pahang. Penganjuran sesi Webinar bersiri ini adalah bagi menggantikan program dan aktiviti promosi pelancongan Negeri Selangor yang lazimnya diadakan secara fizikal seperti Pameran Pelancongan, Program Jelajah dan lawatan produk pelancongan, ekoran dari penularan wabak Covid-19 di Negara ini.

Tuan Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif, Tourism Selangor dalam sebuah kenyataan berkata, “Sesi Webinar bersama Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Timur pada hari ini dilihat bertepatan dengan sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2021; di mana pihak Tourism Selangor turut melancarkan Kempen bersempena sambutan ini di landasan digital dan media sosial rasmi Tourism Selangor dalam usaha menampilkan Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan berkelas dunia”.

Dalam masa sama, saya turut melihat kepentingan bagi mengekalkan hubungan baik serta sinergi antara pihak Tourism Selangor dan pihak Tourism Malaysia Domestik, termasuk Pejabat-pejabat di peringkat Wilayah bertumpudalamberganding bahu bagimembangunkansemulaindustri yang sangat terkesan dengan pandemik global yang makin hampir ke fasa endemik ini”, tambah Tuan Azrul Shah.

Sesi webinar “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu”telah dijalankan dalam format pembentangan dan taklimat produk pelancongan oleh wakil dari13 operator produk pelancongan Negeri Selangor, serta Pegawai dari Majlis Perbandaran Sepang.Sesi Webinar tersebut dimeriahkan dengan slot tayangan video promosi pelancongan, serta diakhiri dengan sesi cabutan bertuah untuk para peserta.

Kempen “Nak Bercuti? PusingSelangor Dulu!”sedang giat digerakkan di kesemua landasan digital Tourism Selangor, seperti di laman sesawang www.selangor.travel, serta laman Facebook, Instagram, Twitter, saluran YouTube, dan yang terbaharu; aplikasi sosial nombor satu di dunia; TikTok.

Orang awam juga boleh berkongsi pengalaman menarik mereka menerokai tempat-tempat pelancongan Negeri Selangor dengan memuat-naik gambar dan video di laman media sosial beserta tandapagar #PusingSelangorDulu, atau ikuti kemas-kini pihak Tourism Selangor di landasan media sosial bersempena Kempen Hari Pelancongan Sedunia 2021 dengan perkongsian seleksi gambar, video, sesi siaran langsung, infographik serta penghasilan kreatif lain, bagi memberi inspirasi kepada anda dalam merancang percutian ke Negeri Selangor pada masa kelak!

1 comment: