Breaking News

Hot Wheels™ Legends Tour 2021 Kembali ke Malaysia

Peminat rekaan model kereta siap sedia bersaing bagi menyaksikan rekaan mereka ditransformasi kepada model kereta permainan (die-cast) 1:64 Hot Wheels®

The Hot Wheels™ Legends Tour kembali ke Malaysia untuk edisi kedua! Keraian budaya kereta ini diadakan dengan kerjasama Art of Speed Malaysia dan merupakan satu siri global pencarian kenderaan rekaan khas untuk dijadikan model sebenar kereta permainan Hot Wheels®. Panel juri yang terdiri daripada pereka global Hot Wheels® disertai barisan juri tempatan telah menyenaraipendek 12 rekaan terbaik (Top 12) daripada 163 penyertaan di Malaysia dengan pusingan akhir dijadualkan untuk siaran langsung dalam talian (livestream) pada 17 Oktober 2021 (Ahad), pukul 8 malam.

Tahun ini, para peminat kereta rekaan khas Malaysia akan disertai kelompok peminat dari Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia dan New Zealand, sekali gus bersaing merebut gelaran juara. Siri Hot Wheels™ Legends Tour Malaysia tahun ini juga mencatatkan peningkataan penyertaan dua kali ganda berbanding tahun 2020. Setiap penyertaan dinilai berdasarkan Ketulenan (Authenticity), tahap mirip rekaan memaparkan identiti semangat Hot Wheels®; Kreativiti, daya tarik rekaan menonjol berbanding rekaan lain; dan Semangat Garaj (Garage Spirit), keupayaan pereka menyerlahkan ciri model sebagai kereta ‘buatan khas bukan dibeli.’ Pemenang siri Malaysia akan mewakili negara di peringkat antarabangsa dan bakal bersaing dengan para pemenang dari siri-siri Hot Wheels™ Legends Tour. Juara keseluruhan akan menyaksikan rekaannya diabadikan dalam Hot Wheels Garage of Legends™ sekali gus ditransformasi kepada kereta permainan 1:64 untuk dipasarkan serta memberi keseronokan kanak-kanak semua peringkat usia di seluruh dunia bermain.

Barisan juri pereka Hot Wheels® terdiri daripada Brendon Vetuskey, ketua pereka model kereta permainan Monster Trucks dan Red Line Club; Manson Cheung, pereka model 3D Hot Wheels® yang terkenal dengan ukiran seninya; dan Sam Kok, pereka Hot Wheels® yang kini merupakan pemacu utama pereka pakej Mattel. Panel juri tempatan pula terdiri daripada Christian Coujin, figura yang tidak asing dalam komuniti kerana koleksi kereta RWB miliknya dan peminat kenderaan buatan khas atau diubahsuai; Tengku Djan, pelumba drift profesional negara yang menyertai perlumbaan D1 Grand Prix; dan Azrina Jane Abdullah, pemandu lagak ngeri dengan bakat sebagai pelumba drift dan litar.

Kesemua 12 finalis Malaysia menunjukkan kepelbagaian rekaan kereta berjenama dari pelbagai negara seperti Jepun, Jerman, Itali termasuklah jenama Malaysia. Finalis terdiri daripada: Lee Ming Hui (Audi TT MK2), Sofyan Darmadi (1969 VW Beetle Vandetta), Norsayang bin Ngatiman (1968 Toyota Corolla KE10), Addison Victor Liew Kian Tek (1980 Mazda RX7 1st Gen Savanna Sa22C), Jeffrey Teoh (2008 Ferarri 430), Karrthikan Amerudalingam (1997 Proton Wira 1.5 GL), Abdul Wahab bin Bahari (1986 Daihatsu Mira Walkthrough Van), Elden Schrock (1987 Toyota Cressida), Mohd Iltizam bin Mohamad Sokri (1990 Toyota Estima TCR 21), Tham Kheng Ming (2002 Toyota MRS MR2 Spyder), Norman Ng (2014 Porsche Boxster 981), dan Kathires Thanabal (2012 Honda Accord).

Pusingan akhir akan bersiaran langsung dalam talian dari Muzium RWB, Johor Bahru yang dikurator oleh Christian Coujin. Muzium RWB merupakan satu bentuk keraian berkisar RAUH-Welt Begriff dan pengasasnya, Akira Nakai, serta diiktiraf oleh komuniti peminatnya sebagai sebuah pameran menakjubkan sekali gus membuktikan hobi ini amat mengujakan.

Bersempena sambutan Hot Wheels™ Legends Tour dan segalanya tentang budaya kereta, Hot Wheels® telah melancarkan rekaan kolektibel menarik sebagai hadiah menerusi pembelian daripada rakan kerjasama runcit rasmi: Toys ‘R’ Us Malaysia [https://www.toysrus.com.my/hot-wheels/] dan Shopee Malaysia [https://shopee.com.my/hotwheels.os] untuk pembelian dalam talian. GWP boleh disusun / dicantum dan boleh dibeli selagi stok masih ada.


Oktober 2021

•BELI produk Hot Wheels® RM50 ke atas, dapatkanModel Misteri Hot Wheels™ PERCUMA

•BELI produk Hot Wheels® RM200 ke atas, dapatkan model edisi terhad Hot Wheels® Nissan Laurel2000 SGX PERCUMA

November 2021

•BELI produk Hot Wheels® RM50 ke atas, dapatkan Model Misteri Hot Wheels™ PERCUMA

• BELI produk Hot Wheels® RM200 ke atas, dapatkan model edisi terhad Hot Wheels® ‘65 Volkswagen Fastback PERCUMA


Pusingan Akhir Virtual Hot Wheels™ Legends Tour Malaysia 2021 untuk mengetahui siapa di antara Top 12 yang akan muncul sebagai juara! Pemenang akan mewakili Malaysia di peringkat separuh akhir global. Tonton siaran langsung dalam talian pada 17 Oktober 2021 (Ahad), pukul 8 malam dan temui para pereka antarabangsa Hot Wheels® AS serta jemputan negara, saksikan penyertaan-penyertaan terbaik, dan jadilah yang pertama mengetahui tentang promo istimewa serta hadiah-hadiah menarik!

Layari www.facebook.com/HotWheels untuk strim siaran langsung. Untuk maklumat lanjut berkenaan pertandingan ini, layari https://artofspeedmy.com/hot-wheels-legends-tour-2021/ atau www.facebook.com/ArtOFSpeedMY/.

Tidak ketinggalan, pada penghujung September, jenama antarabangsa ini akan melancarkan Hot Wheels Unleashed, permainan video bertema arked baru yang padat dengan aksi. Perrmainan ini bakal didapati di semua konsol dan PC permainan video utama, memberikan pemain pengalaman memandu kereta ibarat bermain dengan kereta permainan sebenar.Permainan ini dipenuhi perlumbaan mencabar adrenalin, menawarkan pelbagai pilihan kenderaan Hot Wheels® dengan ciri-ciri berbeza dan tahap-tahap unikyang membolehkan pemain mereka khas corak kenderaan berbeza, dan set trek mengujakandalam lokasi-lokasi harian realitilengkap dengan kepingan-kepingan trek istimewa dan item interaktif Ia akan diumumkan semasa Acara Pusingan Akhir Virtual!

1 comment: