Breaking News

MEMPERKENALKAN LOCOA (ESFLURBIPROFEN), RAWATAN TERKINI BAGI PENGURUSAN OSTEOARTHRITIS OLEH TAISHO PHARMACEUTICAL

Taisho Pharmaceutical telah melancarkan LOCOA® (Esflurbiprofen), (KKLIU 2358/2021) patch transdermal, yang dihasilkan bagi membantu pesakit osteoarthritis meredakan kesakitan yang menjejaskan pergerakan dan aktiviti harian mereka.

Osteoarthritis merupakan sejenis penyakit sendi yang kerap dihidapi dan merupakan salah satu penyumbang terbesar dalam kekurangupayaan global. “Apabila seseorang diagnose dengan penyakit osteoarthritis, berkemungkinan sakit rasa akan muncul dengan lebih kerap, justerunya langkah-langkah pencegahan awal perlu diambil walaupun tiada penawar bagi penyakit ini, namun kita dapat memperhatikan tahap rawatan telah dipertingkatkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan manfaat telah diperolehi apabila memulakan rawatan di peringkat awal”, kata Ketua Pegawai Operasi HOE Pharmaceuticals, anak syarikat Taisho Pharmaceutical Group, Encik Tomoyuki Katsuta. 

LOCOA® yang dihasilkan di Jepun telah diluluskan sejak 2016 bertujuan memberi pelbagai pilihan kepada pesakit osteoarthritis dalam mengurangkan kesakitan secara lebih efektif.

Penyakit ini kerap dihidapi dalam golongan lelaki sebelum usia 45 tahun dan wanita selepas usia 45 tahun. Antara simptom yang biasa dialami oleh pesakit osteoarthritis termasuk sakit sendi, kekejangan sendi-sendi, bengkak, kehilangan fungsi, perubahan kepada rupa sendi, kekuatan sendi berkurangan, lutut berbunyi atau sakit apabila sekeliling sendi ditekan.

Matlamat utama rawatan osteoarthritis adalah untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan pada sendi dan menjaga fungsi sendi. Patch LOCOA® mengandungi perencat COX, ia sering digunakan dalam rawatan keradangan dan kesakitan yang disebabkan oleh osteoarthritis.

LOCOA® mempunyai penyerapan transdermal yang tinggi. LOCOA® terbukti memberi peningkatan analgesik yang tinggi.

Kini, pesakit osteoarthritis boleh memilih LOCOA® dalam membantu meredakan kesakitan selain daripada berehat, meregangkan badan, mengurangkan berat badan, terapi fizikal, terapi carakerja atau menggunakan alat sokongan mekanikal seperti pendakap lutut.

LOCOA® juga terbukti selamat berdasarkan kajian keselamatan rawatan jangka panjang yang dijalankan selama 52 minggu dan mempunyai Kesan Sampingan (ADR) yang minima. Pengguna LOCOA® hanya memerlukan satu patch harian kerana kesannya yang kekal sepanjang 24 jam.

Encik Tomoyuki Katsuta turut menambah, “Kami berharap agar pesakit yang menggunakan LOCOA® dapat meneruskan hidupan harian secara normal tanpa perlu menanggung banyak kesakitan”. Beliau juga menekankan pelancaran LOCOA® di Kuala Lumpur pada hari ini amat bersesuaian kerana Hari Arthritis Sedunia 2021 yang bakal disambut pada hari 12 Oktober 2021.


Selain itu, pemilihan Malaysia oleh Taisho Pharmaceutical sebagai negara pertama di luar Jepun bagi memperkenalkan LOCOA® adalah merupakan langkah yang wajar. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah rakyat Malaysia yang berumur 65 tahun ke atas telah meningkat sejak tahun 1970an. Melihat kepada peningkatan tahap kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentingan penjagaan kesihatan, Taisho Pharmaceutical yakin LOCOA® dapat memberi manfaat khususnya kepada populasi warga tua di Malaysia. 

Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Dr. Suhail Sureh, Pakar Ortopedik dari Sunway Medical Centre dan turut disaksikan oleh Encik Tomoyuki Katsuta. LOCOA® kini boleh didapati di semua farmasi, klinik dan fasiliti kesihatan berdekatan anda. 

2 comments:

  1. baru ke ni Cik Nor... baru tau jenama ni.. nanti boleh try

    ReplyDelete
  2. Mudah penggunaannya, tkasih atas perkongsian.

    ReplyDelete