Breaking News

Sinopsis Drama Pesan Dari Tuhan

Setelah kematian bapanya, Sulaiman berhasrat merebut jawatan Ketua Kampung yang telah ditinggalkan bapanya dan mahu mengenepikan abang iparnya, Jamil walaupun Jamil telah diberikan amanat oleh bapa Sulaiman sebelum ini. 

Sulaiman turut dipengaruhi oleh isterinya Manisah yang bercita-cita tinggi. Pengundian telah dijalankan dan Jamil memenanginya tetapi Sulaiman tidak dapat menerima keputusan tersebut. 

Penyokong-penyokong Sulaiman dan Jamil bergaduh sehinggakan Ira, anak Jamil diserang sawan dan dikejarkan ke hospital. Wakil Rakyat telah memilih Sulaiman sebagai Ketua Kampung yang baru mengenepikan pengundian yang telah dilakukan. 

Setelah Sulaiman dilantik menjadi Ketua Kampung, Manisah mendesak Sulaiman menuntut rumah peninggalan bapanya yang didiami Jamil dan keluarga sehingga tergamak menuduh Jamil sengaja melengah-lengahkan waktu walaupun Jamil berada di hospital menjaga Ira. 

Manisah juga melarang anaknya Nilam daripada berkawan dengan Ira dan abangnya Marzuki. 

Banjir besar telah melanda kampung mereka sehingga mereka terpaksa menyelamatkan diri ke kawasan yang tinggi. Banjir juga telah meragut nyawa Ira dan meranapkan rumah Sulaiman. Adakah Sulaiman kembali insaf dan berbaik semula dengan Jamil?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Lakonan : Remy Ishak, Ellie Suriati, Azhan Rani, Izreen Azminda dan ramai lagi.

Sinopsis Pencipta Pegang Waktu 

No comments