GAYA ‘STAYCATION’: SANTAI HUJUNG MINGGU DI 7 RESORT DAN HOTEL DI NEGERI SELANGOR
Aktiviti staycation boleh dikatakan sebuah percutian pendek untuk keluar daripada persekitaran anda buat seketika yang seringkali tidak melibatkan perjalanan yang jauh, bagi tujuan untuk beristirehat dan menyegarkan semula minda dan fizikal setelah penat bekerja, mahupun untuk para ibubapa membawa anak-anak bercuti di hujung minggu. Jika anda mencari lokasi percutian yang menarik, jangan risau kerana di Negeri Selangor terdapat banyak tempat yang boleh anda lawati bersama orang yang tersayang. Oleh itu, Tourism Selangor tampil dengan cadangan tujuh hotel serta resort sekitar Negeri ini yang menawarkan pengalaman berbeza untuk aktiviti staycation selama satu atau dua malam yang mampu menjadi alternatif kepada pilihan aktiviti percutian yang panjang dan memakan masa.
1) CYBERVIEW RESORT AND SPA
Cyberview Resort
and Spa yang terletak di Cyberjaya ini mempunyai suasana yang nyaman ibarat
anda berada di kawasan belantara kerana persekitarannya yang dipenuhi dengan
pokok kelapa sawit dan taman tropika. Terdapat beberapa perkhidmatan yang ditawarkan
di sini seperti di Sembunyi Spa yang menyediakan perkhidmatan urutan badan,
rawatan kesihatan, sauna, jakuzi dan lain lain. Selain itu, anda boleh
bersiar-siar ke sekitar kawasan resort seperti di Taman Tasik Cyberjaya,
merasai menu makanan negara Yaman di Restoran Al Mukalla serta membeli-belah di
Gem In Mall dan DPulze Shopping Centre.
Untuk maklumat lanjut, layari www.cyberviewresort.com
2) THE SAUJANA HOTEL
Terletak
di Shah Alam,Hotel dengan pengiktirafan 5 bintang ini merupakan tempat yang
sesuai untuk meluangkan masa seharian di sini di mana kawasannya dikelilingi
hutan tropika dan taman yang subur serta pemandangan tasik yang cantik untuk
bergambar. Antara fasiliti yang disediakan di hotel ini adalah seperti padang golf dan juga gelanggang tenis, pusat
kecergasan dan kolam renang yang dikeliling pokok-pokok yang hijau. Selain itu,
anda juga boleh bersiar-siar ke tempat pusat membeli-belah terdekat seperti Citta
Mall dan Evolve Shopping Mall, selain melakukan aktiviti lasak di ESCAPE Petaling Jayadan singgah diOasis Villageuntuk menikmati makan
malam yang dikelilingi lampu dan pancuran air yang cantik untuk mengabdikan
kenangan.
Untuk maklumat lanjut, layari www.saujanahotels.com
3) HOTEL ROYALE CHULAN, DAMANSARA
Jika
anda inginkan sebuah percutian mewah bersama keluarga, Hotel Royale Chulan yang
terletak di Damansara ini merupakan tempat yang sesuai untuk anda kerana
dilengkapi dengan kemudahan yang selesa dan mempunyai kawasan hiburan yang
menarik di sekitar. Antara fasiliti yang disediakan di sini adalah gimnasium,
spa, rail ice skating serta kawasan
permainan kanak-kanak “Kiddie’s Land” malah terdapat juga perkhidmatan bas
ulang-alik dari hotel ke pusat beli-belah The Curve. Selain itu, anda juga
boleh melawat ke tempat-tempat pelancongan sekitar Damansara seperti KidZania,
IKEA, Chocolate Museum, mendaki di
Hutan Simpan Kota Damansara dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut, layari www.royalechulan.com
4) AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT
Amverton Cove Golf dan Island Resort ini merupakan resort 4 bintang yang menarik untuk
bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan. Seharian di resort ini sudah cukup
untuk anda menikmati aktiviti-aktiviti yang disediakan. Resort ini juga
digemari oleh para pemain golf kerana kemudahan padang golf yang
ditawarkan. Antara aktivti yang boleh
dilakukan adalah seperti berkayak, flying
fox, paintball, lawatan ke “Animal
Island”, menaiki kenderaan ATV, menyusuri hutan, memanah dan banyak lagi.
Selain itu, terdapat juga destinasi pelancongan yang boleh dilawati seperti di
perkampungan Orang Asli Mah Meri serta menghirup udara segar dan bersantai di
pantai Morib pada waktu petang.
Untuk maklumat lanjut, layari www.waterside.amvertoncove.com
5) SHERATON HOTEL, PETALING JAYA
Hotel
5 bintang yang berwarna keemasan ini merupakan tempat penginapan mewah yang
sangat cantik malah menawarkan pelbagai fasiliti yang berkualiti. Antaranya
ialah Kids Club untuk kanak-kanak,
ruang mesyuarat dan dewan yang besar sesuai untuk sebarang majlis dan
persidangan perniagaan, gimnasium, restoran makanan Jepun, Miyabi, restoran makanan
Kantonis, Yue dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga kelab golf berdekatan
dengan hotel, dan pusat beli-belah terkenal seperti Subang Parade, Sunway
Pyramid dan One Utama. Bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak, boleh lah ke Bukit
Gasing untuk melakukan aktiviti pendakian.
Untuk maklumat lanjut, layari www.marriott.com
6) NEW WORLD HOTEL, PETALING JAYA
New
World Hotel yang mewah ini terletak di kawasan yang sangat strategik di mana
ianya berhampiran dengan Saujana Golf and Country Club serta pusat beli-belah
seperti Sunway Pyramid, Empire Shopping Centre dan Paradigm Mall. Hotel 5
bintang ini menyediakan fasiliti seperti, kolam renang kanak-kanak, fitness center, tempat letak kereta
percumasertakolam renangdi bumbung yang menggabungkan pemandangan panorama
bandar yang cantik. Selain itu, kawasan hotel ini terletak berdekatan akses ke
lebuh raya yang mana ianya bersambung dengan laluan ke lapangan terbang dan
stesen LRT terdekat.
Untuk maklumat lanjut, layari www.petalingjaya.newworldhotels.com
7)MӦVENPICK
HOTEL & CONVENTION CENTRE KLIA
Movenpick
Hotel & Convention Centre, KLIA menawarkan kemudahan fasitili yang selesa
dan berkualiti untuk penginap. Hotel 5 bintang ini terletak berhampiran dengan
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malah hanya mengambil masa 10
minit untuk ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Mitsui Outlet Park. Hotel ini cukup lengkap dengan
fasiliti yang disediakan kepada pengunjung seperti Pusat Konvensyen yang luas
dan perkhidmatan daftar masuk bilik dengan mudah dan cepat. Hotel ini
menawarkan sebanyak 333 buah bilik yang dilengkapi dengan bilik mandi yang
luas, pemandangan cantik melalui tingkap serta perabot mewah yang membuatkan penginap
hotel dapat berehat dengan tenang.
Untuk maklumat lanjut, layari www.movenpick.com
Dengan
hujung minggu panjang sempena perayaan Hari Natal yang bakal menjelma, tentunya
ada yang sedang mempertimbangkan aktiviti staycation bersama yang
tersayang.Selain dari senarai cadangan dari pihak Tourism Selangor ini, Negeri
Selangor juga mempunyai seleksi operator hotel dan penginapan yang menawarkan
harga yang menarik serta fasiliti yang berkualiti untuk sebuah pengalaman
percutian yang tidak dapat dilupakan.
Tahun 2020 sememangnya adalah tahun yang mencabar dan mungkin dengan inisiatif ini, anda akan menetapkan semula atau “reset” minda dan fizikal bagi mendepani tahun 2021 sambil merasai pengalaman yang menyeronokkan, serta dapat memanfaatkan aktiviti pelancongan yang ada di persekitaran tempat penginapan anda.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Baca juga : Tourism Selangor Lancar Kempen " Nak Bercuti Pusing Selangor Dulu".
Wah.. banyak penginapan menarik di Selangor..
ReplyDelete