ALAMI PENGALAMAN CARA HIDUP LUAR BANDAR DI 6 RUMAH INAP MENARIK DI NEGERI SELANGOR
Bercuti bersama keluarga di rumah inap di Negeri Selangor merupakan pilihan yang terbaik untuk dilakukan apabila aktiviti percutian dibenarkan semula. Pengalaman in imerangkumi aktiviti bermalam di sesebuah rumah inap sebagai tetamu dan tinggal bersama keluarga angkat tempatan. Tuan rumah akan meraikan kedatangan pelancong dan menyediakan aktiviti-aktiviti kampung yang menarik. Rumah inap merupakan satu aktiviti pelancongan terbaik bagi memahami budaya, suasana kampung, kesenian dan cara hidup sesebuah masyarakat tersebut. Oleh itu, senarai berikut merupakan saranan dari pihak Tourism Selangor yang mengetengahkan 6 rumah inap yang berlesen dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) di Negeri Selangor:
1) RUMAH INAP
BANGHURIS, SEPANG
Ramai tidak tahu tentang rumah inap Banghuris yang
terkenal oleh pengunjung luar negara kerana kawasannya yang cantik dan pelbagai aktiviti menarik yang
disediakan di sana. Rumah inap Banghuris
yang terletak di Daerah Sepang ini mempunyai 80 buah rumah penginapan serta 100
buah bilik penginapan kesemuanya malah pernah mendapat pengiktirafan di Malaysia Tourism Award pada tahun 2004
dalam kategori 'Best Homestay in Malaysia' oleh Tourism Malaysia. Selain itu,
terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan antaranya seperti permainan gasing,
menyumpit, membuat dan bermain wau, menu masakan rebung,
lawatan ke kilang kerepek dan snek tradisional (cakar ayam), lawatan ke ladang buah naga,
kopi, kelapa sawit, ladang getah, demonstrasi menoreh getah dan banyak lagi.
Harga adalah mengikut pakej yang dipilih dalam lingkungan harga sebanyak RM70 hingga
RM300 seorang.
Untuk maklumat lanjut, layari lcct.com.my atau hubungi (+6019-3919547)
2) RUMAH INAP SUNGAI
HAJI DURANI, SABAK BERNAM
Rumah inap Sungai Haji Durani merupakan tempat yang
sangat sesuai untuk membawa keluarga anda bercuti dalam suasana kampung yang
dikelilingi dengan sawah padi yang cantik. Terdapat banyak aktiviti yang disediakan sepanjang anda berada
dirumah inap ini antaranya adalah aktiviti permainan congkak, tarik upih pinang,
bergelumang dalam lumpur, mewarna batik, melerai padi daripada tangkai,
memancing dan menangkap ikan menggunakan tangan dalam sawah, bermandi manda di sungai,
lawatan ke bengkel kuih tradisional dan kilang nata de coco dan banyak lagi.
Dengan dikelilingi oleh lapangan sawah padi yang hijau, ia juga merupakan tempat yang sesuai untuk bergambar sebagai kenangan keluarga.
Harga adalah mengikut pakej yang
dipilih dalam lingkungan harga sebanyak
RM65-RM300 seorang.
Untuk maklumat lanjut, layari doranihomestay.com atau hubungi (+60136077025)
3) RUMAH INAP KAMPUNG
SUNGAI SIREH, KUALA SELANGOR
Rumah inap yang dikelilingi hutan yang
hijau ini amat tenang dan damai untuk dikunjungi ditambah pula
dengan lapangan tanaman sawah padi. Jika menginap di sini,
anda akan disambut dengan mesra oleh tuan rumah dan masyarakat setempat malah anda akan dibawa untuk melakukan aktiviti kampung
yang terdapat di sini. Antaranya ialah aktiviti mewarna batik,
menaiki traktor ke sekitar kawasan kampung, serta belajar tentang penanaman pad itradisional,
cara penebangan kayu dan tanaman herba. Bukan itu sahaja, terdapat juga
aktiviti menangkap ikan keli di dalam lumpur menggunakan tangan, berkayak, memancing
di sungai-sungai kecil, terusan dan laut, jungle
trekking dan banyak lagi. Harga adalah mengikut pakej yang
dipilih dalam lingkungan harga sebanyak RM60-RM200 seorang.
Untuk maklumat lanjut, layari agrotourismhomestaysgsireh.blogspot.com atau hubungi (+6019-346 7372)
4) RUMAH INAP
PAPITUSULEM, SABAK BERNAM
Rumah inap Papitusulem terletak di Sekinchan yang mana tempat ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik.
Suasana kampung ini sangat cantik kerana dikelilingi lapangan sawah padi yang hijau. Rumah inap Papitusulem ini membolehkan anda merasai kehidupan kampung dengan tinggal bersama keluarga angkat
yang bekerja sebagai petani dengan dihidangkan dengan menu makanan kampung yang
lazat. Seterusnya, anda akan dibawa ke kawasan pertanian sawah padi,
melawat kebun sayur-sayuran, tempat pemprosesan santan kelapa dan lain-lain lagi.
Anda juga akan dipersembahkan dengan tarian kebudayaan kompang, seni silat,
kuda kepang dan cempuling.
Bukan itu sahaja, terdapat juga tempat rekreasi di mana anda boleh berkayak,
menaiki bot serta memancing di laut. Harga adalah mengikut pakej yang
dipilih dalam lingkungan harga sebanyak RM20-RM120 seorang.
Untuk maklumat lanjut, layari papitusulemhomestay.yolasite.com atau hubungi(+60172712260)
5) RUMAH INAP ANJUNG
DAMAI KAMPUNG SUNGAI LANG TENGAH, KUALA LANGAT
Terletak di Kuala Langat, rumah inap Anjung Damai ini merupakan destinasi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara kerana suasananya
yang nyaman dan aktiviti kampung yang ditawarkan cukup menyeronokkan. Rumah inap ini dilengkapi dengan fasiliti seperti penghawa dingin,
tempat letak kenderaan yang luas, bilik air moden yang cantik malah lokasi yang
berhampiran dengan pasar raya dan restoran. Pengalaman yang
bakal diperoleh dalam melakukan aktiviti di sini adalah seperti menunggang ATV,
lawatan ke ladang ternakan lembu,
kambing dan biri-biri sambil memberi makan kepada haiwan tersebut,
menyusuri hutan paya bakau, dan banyak lagi. Harga adalah mengikut pakej yang
dipilih dalam lingkungan harga sebanyak RM60-RM250 seorang.
Untuk maklumat lanjut,
layari@anjungdamaihomestay/facebook atau hubungi (+6013-233 3768)
6) RUMAH INAP
BOUGAINVILLEA KAMPUNG SUNGAI KERTAS, GOMBAK
Rumah inap Bougainvillea
ini terletak di Gombak di mana tempat ini menawarkan kehidupan yang
berbeza dari kawasan bandar. Menginap di sini sangat menarik kerana banyak aktiviti
yang disedikan kepada pengunjung. Penduduk Kampung Sungai
Kertas sentiasa mengamalkan aktiviti bergotong-royong
dengan masyarakat setempat malah warisan tradisi sentiasa diraikan. Aktiviti yang
ditawarkan di dalam pakej mereka adalah seperti pakej perkahwinan Melayu dengan menampilkan persembahan kebudayaan,
ruang tempat pengantin, pakaian perkahwinan pengantin Melayu dan lain-lain lagi.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk belajar memasak menu
masakan tradisi seperti sambal tempe serta makanan masyarakat Mandailing iaitu Nasi Upa-Upa.
Harga adalah mengikut pakej yang
dipilih dalam lingkungan harga sebanyak
RM98 hingga RM380 seorang.
Untuk maklumat lanjut, layari sungaikertas.blogspot.com atau hubungi (+60163920439)
Cantiknya rumah lama yang masih dikekalkan. Tertarik dengan kraftangan tudung saji tu.
ReplyDeleteMenarik! Setiap rumah inap ni pun ada macam2 aktiviti yang best!
ReplyDeletepernah dengar Haji Durani dan Baghuris..
ReplyDeletememang sesuai kalau nak ketengahkan culture kita lagi2 pada orang luar..
eh xyah orang luar.. tempatan oso can..