Breaking News

Sinopsis One Two Jaga


SINOPSIS ONE TWO JAGA

Berkisarkan tentang kisah di sebalik tabir pasukan badan beruniform Polis Diraja Malaysia, yang mana ia memaparkan sisi gelap segelintir anggota yang sanggup mengkhianati amanah dengan mengambil rasuah dan terjebak dalam kegiatan jenayah.

Seorang pendatang asing Indonesia, Sugiman (Iman) merupakan bapa tunggal mengalami mimpi buruk yang penuh keganasan dan darah. Anaknya, Joko yang tidak mendengar kata meluangkan terlalu banyak masa dengan Adi yang tidak boleh dipercayai dan adiknya Sumiati lari daripada kerja sebagai pembantu rumah kerana mahu pulang ke Indonesia.

Sugiman meminta bantuan daripada majikannya, Sarip yang merupakan seorang bos syarikat pembinaan dan juga bapa kepada si Adi untuk menghantar adiknya menaiki bot haram, tapi ada harga yang perlu dibayarnya.

Pada masa sama, dia harus melindungi Sumiati daripada pihak polis dengan menyembunyikannya di sebuah hotel murah. Bilik hotel di sebelah pintunya pula disewa oleh Rico, seorang tukang atur Filipina yang sentiasa tertekan untuk menghantar wang kepada ibunya.

Dia bekerja dengan rakannya Marzuki untuk seorang bos besar bergelar Datuk dan `meminjam' wang daripada laci majikannya untuk memenuhi keperluannya. Tetapi, Datuk mahu wang itu kembali. Hassan pula sudah berkahwin dan memiliki dua anak serta sentiasa tidak cukup wang.

Dia mengambil sedikit wang perlindungan daripada beberapa pekedai dan kerap menerima rasuah daripada penjahat untuk membiarkan mereka terlepas. Ketika majikannya James mengarahkan agar dia merekrut rakan baharu, Hussein. dia melayan rakannya itu dengan ramah, tetapi cuba menyembunyikan hakikat sebenar bahawa dia menerima rasuah.

Bagaimanapun, Hussein berang apabila dia tahu mengenai wajah sebenar Hassan dan ingin membawa pesalah undang-undang itu ke muka pengadilan. Apabila orang-orang Datuk menangkap Marzuki dan membawa mereka kepada Rico, kekecohan yang berlaku menemukan Hassan dan Hussein dengan insiden tersebut.

Di luar hotel, Hassan bertembung dengan Sumiati yang gagal menjelaskan sebab dia tidak memiliki pasport. Satu panggilan meyebabkan Sugiman cuba menyelamatkan adiknya daripada polis.

Sementara itu, Datuk telah senyap-senyap merakam permintaan ketua polis James untuk dirasuah. Namun, sebelum sesiapa tahu apa sebenarnya sedang berlaku, keadaan sudah menjadi huru-hara.

WATAK PELAKON

Zahiril Adzim sebagai Hussein
Ario Bayu sebagai Sugiman
Rosdeen Suboh sebagai Hassan
Asmara Abigail sebagai Sumiyati
Amerul Affendi sebagai Adi
Chew Kin Wah sebagai James
Timothy Castillo sebagai Rico
Iedil Putra sebagai Marzuki

Untuk Drama Terbaik Anugerah Skrin 2019 korang boleh baca Sinopsis Drama Disisi. Cik Nor pun nak cari juga cerita ni. Tajuk jer pernah dengar ceritanya tak tengok lagi jugak..hehe

9 comments:

  1. Menarik cter ni..suka tgk Zahiril Adzim berlakon...

    ReplyDelete
  2. Best ke citer ni?
    Tengok ilan je tapi macam takde hati nak tengok huhuhu...

    ReplyDelete
  3. Tgk iklN mcm menarik..tp ye la cuma iklan hehe

    ReplyDelete
  4. nnt nk cari laa video dia. sbb filem ni byk mng anugerah kn termsk ASK baru2 ni

    ReplyDelete
  5. Nama filem pun fuhhh meletop dah . Belum tgk lagi filem ni

    ReplyDelete
  6. kdg2 filem yg terbaik n menang byk anugerah ni x laku di pawagam sbb org ramai suka tgok cerita yg ada nilai komersial je....

    ReplyDelete
  7. Filem ni banyak juga menang award kan. Belum ada kesempatan nak tengok lagi.

    ReplyDelete
  8. pelakon juga terdiri dari mereka yang hebat-hebat

    ReplyDelete
  9. dah tengok citer ni. memang best, cik nor. dia tunjuk realiti apa yang berlaku. not so cliche macam cerita polis yang lain.

    ReplyDelete