Breaking News

Khasiat Buah Betik

Sumber gambar dari google

Assalamualaikum..

Buah betik ni ramai yang suka makan. Tambah-tambah kalau dapat yang manis memang sebijik seorang pun kita boleh habiskan. hehe. Kita hanya tahu yang buah betik ni hanyalah sebagai pelawas bagi sesiapa yang sukar untuk membuang air besar. Sebenarnya banyak lagi khasiat yang korang tidak ketahui.

Jom Cik Nor kongsikan khasiat lain yang perlu korang tahu.

1. Mengubati sembelit dan Buasir

Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ianya murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit buasir berdarah, malah menurut doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan sahaja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan pelbagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.

2. Mencegah Batu Karang

Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem pundi kencing. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing.

3. Sebagai Tonik Tambahan

Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesa. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan penghadaman makanan. Jus buat betuk ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereta yang lemah tenaga kerana sakit.

4. Mengubati sakit-sakit otot

Daun betik yang dilayur atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.

5. Merawat masalah kulit

Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudia tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.

6. Mengubati tumit pecah-pecah

Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, ari rebusan daun betik dapat melegakan sakit perut dengan mengeluarkan segala angin. Buah betik mentah pula sedap bila dibuat kerabu.

7. Ulam-ulaman

Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin. Buah betik mentah (yang masih hijau) enak jika dibuat kerabu.

8. Merawat Hemoroid

Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.

9. Kaya dengan vitamin C

Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.

10. Kaya dengan vitamin A

Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.

11. Melembutkan daging

Daun betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium. Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.

12. Mengubati ketumbuhan dan hipertensi

Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.

13. Kurangkan berat badan

Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.

14. Merawat denggi

Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.

15. Menyingkirkan cacing kerawit

Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.

16. Legakan sakit gigi

Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.

17. Menghentikan pendarahan

Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.

18. Mencegah penyakit kandung hempedu

Selain mengandungi vitamin C yang tinggi, iaitu dua kali ganda kandungan vitamin C di dalam buah limau, betik juga boleh mencegah penyakit yang mendera kandung hempedu. Ini merupakan hasil kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih daripada 13 ribu orang. Setelah menganalisis kadar darah sukarelawan, para pengkaji mendapati bahawa mereka yang mempunyai kadar vitamin C yang rendah, akan mengalami risiko menderita penyakit kandung hempedu yang tinggi. Walaupun sumber vitamin C boleh didapati daripada pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah betik dalam ukuran sederhana (±280 gram) mengandungi 88 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini ialah jumlah yang amat besar. Penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang wanita berbanding lelaki, oleh itu amalan makan betik amat baik untuk kaum wanita.

19. Mengurangkan keradangan

Betik mempunyai beberapa enzim protein pencernaan unik termasuklah papain dan chymopapain. Dipercayai enzim ini mampu membantu mengurangkan keradangan dan dapat merangsang penyembuhan akibat kesan terbakar. Sebagai tambahan, khasiat antioksida di dalam betik termasuklah vitamin C, E dan beta karotena juga amat baik dalam mengurangkan keradangan. Papain di dalam betik muda juga dikatakan amat berguna dalam masalah kekurangan jus gastric, mucus tidak elok yang berlebihan di dalam perut, dyspepsia dan keradangan usus. Buah yang masak pula jika dimakan selalu, mampu mengurangkan masalah sembelit, hemoroid atau buasir, najis yang berdarah dan kronik. Jus yang dihasilkan daripada biji betik juga dikatakan berguna dalam merawat dyspepsia dan najis berdarah.

20. Membantu peredaran haid yang teratur

Buah yang belum masak dikatakan elok dimakan oleh wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur. Ia juga mampu mengecutkan struktur otot rahim dan sekaligus memastikan peredaran haid yang teratur.

21. Merawat sirosis hati

Biji betik pula dikatakan amat bernilai tinggi dalam merawat sirosis hati yang disebabkan oleh alkoholisme, kekurangan zat dan pelbagai sebab lain. Satu sudu jus biji betik yang dikisar dan dicampurkan dengan 10 titis jus limau dikatakan boleh diambil sekali atau dua kali sehari selama kira-kira sebulan sebagai ubat bagi penyakit ini.

22. Merawat penyakit tekak

Jus betik yang dicampurkan dengan madu pula dikatakan boleh digunakan dalam merawat tonsil yang kemerahan akibat difteria dan penyakit tekak yang lain. Ramuan ini dikatakan mampu mencairkan membran dan menghalang jangkitan daripada merebak.

23. Penawar masalah limpa

Buah betik masak pula dikatakan amat berguna dalam merawat masalah limpa yang mengalami pembesaran. Buah yang telah dibuang kulit dipotong dan direndam di dalam cuka selama seminggu. Kira-kira 20g betik yang telah dijeruk ini, boleh diambil dua kali sehari bagi merawat masalah ini. Hirisan buah betik yang telah dicampurkan dengan biji jintan putih dan lada hitam pula dikatakan elok dimakan sekali sehari untuk merawat pembesaran limpa yang disebabkan penyakit malaria.

20 comments:

  1. Vit c dlm betik mmg sgt byk...tq sharing

    ReplyDelete
  2. Akak suka betik..antara buah yang banyak serat..sesuai untuk mereka yang menghidap gastrik..

    ReplyDelete
  3. nieyl jarang makan betik cuma kalau kecemasan je nieyl akan cari hehehe

    ReplyDelete
  4. suka sangat betik. ada baca aritu, kalori setengah bahagian betik tu bersamaan dengan 1 biji karipap. perghhhhhhh

    ReplyDelete
  5. banyak khasiat rupanya,tapi cik sue suko pisang lagi heheheh payah nokbuleh betik etek dok sini hehehhe

    ReplyDelete
  6. Byk khasiat betik no kena amlkn makan la klau MCM ni

    ReplyDelete
  7. banyak khasiat betik ni, dulu selalu makan. sekarang jarang jumpa haha

    ReplyDelete
  8. Banyak fungsi dia. Ingatkan untuk melawas pembuangan air besor je. hehe

    ReplyDelete
  9. banyaknya khasiat betik..

    dahlah buah ini memang kegemaran saya

    ReplyDelete
  10. sedap buah betik. Hilang dahaga gak. Ina suka buah betik yg kesumba tu. Manis sangat..

    ReplyDelete
  11. Suka makan betik. sedap! Tapi jarang beli sebab susah nak dapat. Kalau beli pun beli saiz kecik je sebab betik pun tak tahan lama kalau simpan.

    ReplyDelete
  12. pernah terbaca satu statement ni yang mengatakan, raja buah bukan durian sebaliknya betik - raja (kaya) dgn pelbagai khasiat tp ramai yg x sedar...

    ReplyDelete
  13. Teringat dulu dulu pak mertua suka dgn buah betik ni.....Tp mmg sedap pun betik ni kan....Rajin nak kopek ke tidak je hihihi.... Dahlah hakak ni bukan spesis yg suka kopek buah

    ReplyDelete
  14. suka sangat dengan buah betik ni.. :-)

    ReplyDelete
  15. Lama x mkn betik bnyk khasiat rupanya

    ReplyDelete