Breaking News

Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar | Membersih Sambil Melembapkan Kulit Secara Semulajadi



Assalamualaikum

Anak buah Cik Nor bila dengan sabun Carrie Junior laju jer nak mandi. Tak kiralah masa kecik dulu atau pun masa dah besar sekarang ni. Kalau sabun Carrie Junior dia habis stok dipaksanya mama atau nenek dia untuk cari sampai dapat sabun tu. Alahai anak buah..nasib la sorang jer yang minat sabun ni. Kalau ramai pokai mak ayah dia..hehe. Dah citer pasal sabun Carrie Junior ni, korang tahu tak Carrie Junir dah ada dalam bentuk buku. Jom kita tengok apa yang bestnya sabun buku Carrie Junior ni.

Masa mandi adalah lebih daripada sekadar rutin; ia adalah masa yang tepat dan berharga untuk mengeratkan hubungan. Ia merupakan rutian harian yang boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak melalui belaian kasih sayang yang lebih dari ibu bapa dan penjaga. Mandi dapat membantu si manja untuk berehat dan setiap sentuhan fizikal memberikan mereka keyakinan terhadap kasih sayang dari ibu bapa.


CARRIE JUNIOR- sebuah jenama yang dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak memperkenalkan keseronokan masa mandi dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar. Produk CARRIE JUNIOR Bubbly Bar baharu ini memberikan sebuah pengalaman baru yang lebih menyeronokkan di dalam bilik mandi. Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D CARRIE yang timbul dipermukaan sabun hadir dalam 3 warna terang dan menarik iaitu merah jambu, hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya.


CARRIE JUNIOR Bubbly Bar ini merupakan sabun Gliserin, menjadikannya lebih lembut pada kulit daripada kebanyakan sabun. Gliserin berasal dari minyak tumbuhan semulajadi menjadikan sabun ini mempunyai bacaan pH lebih rendah berbanding sabun lain. Ia membersihkan sambil memberikan lapisan perlindungan kelembapan, agar kulit kekal lembap. Gliserin yang terkandung di dalam CARRIE JUNIOR Bubbly Bath juga bertindak sebagai humektan, memberikan kelembapan pada kulit agar terhidrasi sepanjang masa. Humektan tidak menjadikan kulit berminyak sebaliknya menjadikan kulit lebih lembut. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit; apabila digunakan bersama air, ia mempunyai kesan yang menenangkan dan juga melembutkan kulit.



Pastikan kulit anak anda sentiasa terhidrasi, ia dapat melembapkan kulit sehingga beberapa jam selepas mandi. Pengunaan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar yang berterusan menjadikan kulit lembut dan gebu. Menyental dengan sabun ketika mandi juga merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh badan.

CARRIE JUNIOR Bubbly Bar hadir dalam 3 aroma buah-buahan paling menarik dan laris daripada rangkaian mandian CARRIE iaitu Groovy Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Milk menjadikan kulit sentiasa segar dan bersih. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrie Junior, Fruito-E yang merupakan gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan vitamin dan nutrient untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.



Kini kanak-kanak boleh menikmati lebih keseronokan di dalam bilik mandi kerana CARRIE JUNIOR Bubbly Bar turut hadir dengan mainan rahsia di dalam setiap kotak. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya, pasar besar di seluruh negara; sabun buku seberat 100gm ini berharga RM4.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 (di Sabah Sarawak) setiap satu.

13 comments:

  1. kalau sha pun seronok ni dengan carrier junior :p

    ReplyDelete
  2. Bestnya mandi dengan sabun carrie junior.
    Harum semerbak la jawabnya kan. Hehe

    ReplyDelete
  3. bestnya sabun ni...mesti wangi kannnn

    ReplyDelete
  4. Murah berbanding liquid tu, jimat lagi hat ni

    ReplyDelete
  5. Brand yg syafi selalu pakai Masa kecit

    ReplyDelete
  6. awa suka carrie junior sbb comey n wangi... best!

    ReplyDelete
  7. jadinya anak-anak suka sangat carrie junior. molek sgt la ada babbly bar x cepat habis... hehe

    ReplyDelete
  8. oo..dah ada dalam bentuk seketul camni,ke?ptt tgk meriah org duk share kat wall IG & FB...

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak guna sabun buku. Bau sedap macam masa kecik2 lagi tak?

    ReplyDelete
  10. sy mmg pakai yg shower foam punya tu. sbb wangi sgt. yg ni boleh laa cuba nnt

    ReplyDelete
  11. kat rumah ekin ni kucing hok terlebih nak soap bar ni wangi sangat la kut hahahha

    ReplyDelete