Breaking News

Kisah Di Sebalik Cuti Tahun Baru Cina


Assalamualaikum..

Minggu lepas cuti panjang betul Cik Nor sempena CNY. Orang lain cuti 2 hari jer, Cik Nor bantai 5 hari terus. 1 hari apply annual leave dan 2 hari lagi cuti hujung minggu. hehe. Sakan golek-golek kat rumah sebab badan nak berapa nak sihat lagi minggu lepas. Nak tidur tak boleh sebab batuk teruk. Bila terlelap sekejap dan tersedar semula memang tak dapat tidur semula sebab batuk menyerang. Bertabahlah sebab sakit tu penghapus dosa-dosa kecil kita.

Oleh kerana hari khamis yang Cik Nor apply annual leave tu hari bekerja maka Cik Nor ajakla mak ke Machang sebab nak pergi bank. Mak cakap dia nak pergi check bonus ASB dan Cik Nor pulak nak buat simpanan kat ASB. Elok sangat dah tu, senang kerja sebab satu tempat yang sama. Tengah-tengah bersiap mak cakap dia ajak jiran sebelah rumah pergi sama sebab nak ambik elaun JKM. Hurmm..bertabah la Cik Nor dengan jiran Cik Nor tu. Untuk pengetahuan korang jiran Cik Nor ni seorang ibu tunggal dan mempunyai masalah pendengaran. Agak mencabar jugak la nak berkomunikasi dengan dia.huhu

Kebetulan mak Cik Nor nak ambik duit JKM nenek Cik Nor. Ok, cun sangat sebab satu bank iaitu Agro Bank. Tengah-tengah syok dok isi borang ambik duit untuk nenek Cik Nor dengan kerani bank bising dengan jiran yang Cik Nor angkut sekali tadi. Ingat sebab apa, sekali tengok nahh..ic dia patah dan separuh no. ic dah hilang. Komputer tak dapat detect la ic dia. Dah jadi masalah kat situ. Dia dah bising-bising tak dapat keluar duit. Dah la dia ada masalah pendengaran, terpaksa tenangkan dia sehingga mak Cik Nor siap buat pengeluaran. 

Atas rasa simpati maka Cik Nor bawalah dia ke JPN Machang untuk buat kad pengenalan baru. Tak tolong nanti tak tahu bila dia dapat buat kad pengenalan baru. Nak harapkan anak dia, memang tak la. Kalau bab duit memang laju la anak-anak dia. Masalah mak dia tak pernah nak ambik tahu. Dahlah hari khamis, orang pulak ramai. Mula-mula sampai Cik Nor ambik nombor giliran biasa jer. Bagitahu mak lama ni, sekali mak tanya kenapa tak ambik guna nombor giliran warga emas. Oh..terlupa pulak. 

Bila guna nombor giliran warga emas cepat la juga proses dibuat. Dalam masa 1/2jam kad pengenalan baru jiran Cik Nor tu siap. Dah siap bawak pergi bank tu semula. Dapat dia ambik duit elaun JKM. Dah settle bab keluarkan duit, fikir macam mana nak cari parking sebab jiran Cik Nor ni nak pergi pasar sebab teringin nak makan buah epal. Syukur sangat dalam 2 kali round Allah permudahkan urusan, dapat parking depan pasar. Sambil-sambil tunggu dia membeli Cik Nor sempat belikan dia air sebab masa tengah cari parking dia mengadu dah lapar sangat. Dah settle hal dalam pasar terus memecut balik rumah sebab pukul 2 petang nak pergi klinik sebab batuk makin teruk.

Niat nak pergi bank nak buat saving dan semak dividen ASB dah terbantut dan cakap kat mak suruh pergi lain kali sebab dah tak sempat.  Cuma Cik Nor nak bagitahu la..dalam entry panjang lebar ni, Cik Nor bukan nak aibkan jiran Cik Nor dan anak-anak dia. Cuma Cik Nor nak korang bertanggungjawab kepada kedua-dua ibubapa korang sementara mereka masih ada. Jangan hanya memandang kepada harta dan wang ringgit, masalah mereka korang kena ambil tahu.  Ibu bapa kita tanggungjawab kita, jangan lepaskan kepada orang lain.

9 comments:

  1. hmm btol juga tu. tapi entah, kadang ank ni mak oyt dah, kita ambik sikap sambil lewa. huhu

    ReplyDelete
  2. Betullah Cik Nor... rasanya zaman sekarang ni ramai anak yang tak ambil kisah dah mak ayah mereka. Sedih rasa.

    Mak ayah kita ni ibarat pintu syurga tau, kalau banyak bakti kita pada mereka, Allah janji syurga untuk kita.

    ReplyDelete
  3. terima kasih kepada cik nor sebab bantu jiran cik nor tu saat dia takde sape2 yang boleh tolong..

    ReplyDelete
  4. betul cik nor..ramai anak2 macam tu skrg..duit nak..t/jawab tak nak..mak ayah tu dah jaga kita dari kecik..kita dah besar ni, kita jaga la plak dorang..sedih kadang tgk perangai anak2 macam ni..lagipun kita dah besar,buat apa nak kacau duit org tua kita..kita dah keja, guna duit sendiri la..ni duk harap duit orang tua..pfftt...

    ReplyDelete
  5. alahai kesiannya dia..nasib ada ciknor..sedih pulak bila bayangkan..kerani marah2 tu..alahaii

    ReplyDelete
  6. semoga Allah membalas kebaikan cik nor..

    ReplyDelete
  7. jgn nnt bila dia dah tua, anak2 buat balik mcm mn dia buat kat mak dia sekarang... igt, dunia ni bulat. kifarah ada di mana2

    ReplyDelete
  8. Kesiannya mak sendiri tak dikisahkan.
    Kita kalau dekat ngn mak abh, kita tlng mna blh. Yela, dorang kn dah berumur.
    Sian ke sna sini sendiri kn.
    Selalu gitu la ciknor. Org lain yng tlng bawak mak dorang utk urusan itu ini. Anak sndiri alasan bz.

    ReplyDelete
  9. cik nor ni x nanti ko jiran dalam kalangan saudara mara kita ada gitu gak huhuhu

    ReplyDelete