Breaking News

Program Mobile CTC 2018

sumber gambar dari google

Assalamualaikum..

Pertama sekali Cik Nor nak mintak maaf banyak-banyak sebab tak banyak entry baru kat blog Cik Nor sekarang. Bukan tak ada idea tap mood ke laut. hehe. Harap korang faham la bila mmod ke laut buatlah macam mana pun idea tak juga datang. Betul tak korang? Hanya blogger yang faham situasi ini.

Minggu lepas (03 Mac 2018) bertempat di Sekolah Kebangsaan Tok Bok, Machang telah berlangsung program Mobile CTC yang dijayakan oleh pelbagai agensi kerajaan . Antara agensi yang turut sama memeriahkan program ini ialah ANM, KWSP, Kementerian Kesihatan Malaysia dan banyak lain. Ini bukan kali pertama di adakan rasanya tapi bagi Cik Nor ini kali pertama program seumpama ini Cik Nor ambil tahu. hehe.

Ini lah kali pertama Cik Nor hadir ke program seumpama ini. Bukan beria sangat tapi bila tahu ANM ada tu yang nak sangat pergi. Nak pergi check wang tidak dituntut jer sebenar. Mula-mula sampai kat kaunter ANM semuanya berjaya lancar tapi bila turn Cik Nor internet dah mula buat hal. Hampir setengah jam juga la menunggu namun masalah tak boleh juga diatasi. Balik dengan kehampaan la Cik Nor pada hari tu.hehe. Pihak ANM ada janji suruh tinggalkan no. telefon bagi yang telah mendaftar tapi akaun mereka tidak boleh disemak. Dengan jayanya Cik Nor tinggalkan no.telefon namun telah masuk hari ke 2 bekerja di Kelantan tiada satu pun panggilan telefon diterima dari pihak ANM . Hampa lagi untuk kali ke-2.haha

Bukannya beriya sangat nak tahu sebenarnya tapi nak tahu jugaklah sebab ada tiga akaun bank Cik Nor sebelum ni ditamatkan macam tu jer. Manalah tahu kot-kot bakinya banyak lagi ketika dihantar ke ANM. Paling tidak pun boleh lah tambah-tambah untuk ini petrol. hehe Betul tak korang? Korang dah check wang tidak dituntut ni? Kalau ada masa terluang pergi la semak mana tahu kot-kot ada .

Punyalah jauh menapak hari sabtu tu, tapi balik dengan kehampaan. huhu. Biasalah kalau program macam ni mesti orang ramai datang. Selain dari agensi ini ada juga perkhidmatan percuma diberikan. Antaranya tukar minyak hitam dan gunting rambut percuma oleh pelatih Giat Mara. Ada juga program pemberian cermin mata percuma kepada orang ramai yang rabu jauh dan rabun dekat. Cik Nor nor tak boleh la sebab Cik Nor rabun silau.hehe

Itu lah program hujung minggu yang sekali sekala Cik Nor sertai. Korang mesti best lagi pada Cik Nor kan?

11 comments:

  1. isteri abam kie jadi urusetia program hari tu. sampai kul 5 pm gak di di sana.

    ReplyDelete
  2. Program ramai org mcm ni mmg adatlah kena byk bersabar

    ReplyDelete
  3. Ooo program yang ni ye. Tahu pasal program ni tapi tak jauh la nak pergi hehe

    ReplyDelete
  4. wahhh semangat Cik Nor pergi event macam ni ;)

    ReplyDelete
  5. pernah dengan nama CTC mobile..

    masalahnya tak port sangat ..

    sekadar nak tahu sahaja.

    ReplyDelete
  6. bersemangat btul ahkak kita ni pergi program mcm ni ya ;-)

    ReplyDelete
  7. Oh Rose pun belum check lagi wang tak dituntut tu.. nak kena gi jugak kat office dorang

    ReplyDelete
  8. Ada jugak dengar pasal wang tak dituntut ni cik Nor. Tapi tak sempat lagi nak baca lebih details dan cuba check :)

    ReplyDelete
  9. Hakak tak suka tgk hp..... kalau En Suami sukalah benda benda gini ni

    ReplyDelete
  10. Beberapa tahun lalu pernah juga terlibat dalam program mobile CTC kat Perlis, seronok juga dapat jumpa ramai orang. Mood ke laut tu nanti cik nor pergi pancing balik tau... Hehe...

    ReplyDelete
  11. mek tk tahu pulok ade program ni.
    best jugok kalau join sbb setempat, ada banyk agensi.
    asb paling minat nyo.

    ReplyDelete