Breaking News

Selepas 5 Tahun....Akhirnya Kita Berpisah Jua


Assalamualaikum...

Bila baca tajuk mesti korang ingat Cik Nor putu cinta kan? hihi. Perah santan lebih Cik Nor ni. Tengok gambar machamm lain jer apa yang Cik Nor nak ceritakan. Oleh itu, korang tunggu lah apa yang bakal Cik Nor ceritakan kat korang.

Ceritanya begini, minggu lepaskan Cik Nor tak balik kampung sebab ada kerja yang nak di selesaikan. Pasal kerja ni pun ada jugak isu. Nanti Cik Nor ceritakan nanti. Kita teruskan dengan tajuk yang kat atas tu dulu. Cik Nor kalau tak keluar jarang anaskan enjin kereta. Nak dijadikan cerita minggu lepas Cik Nor gunakan kereta hari jumaat. Lepas hari tu memang Cik Nor tak panaskan enjin dah.

Tibalah rabu, dah nak masuk seminggu enjin kereta tak panaskan. Tiba-tiba masa start nak alihkan kereta ke tempat yang berdekatan paip. Skali start tak nak hidup, try start kali ke dua...alhamdulillah hidup. Tapi apa yang membuatkan Cik Nor pelik kenapa average milleage jagi range dan petrol yang 4 bar tinggal 2 bar. Cuak jugak masa tu, kenapa jadi macam tu.

Cuba fikir positif moga tiada apa-apa yang berlaku. Lepas dah alikan kereta naik solat asar, kemudian keluar semula pergi ke kereta sebab nak cuci sikit, kotor sangat. Esoknya ada event di Hotel Perdana. Segan pula masuk dengan kereta kotor. Cuba hidupkan enjin dan range dan petrol tu masih tidak berubah. Whatsapp kakak tanya kenapa jadi macam tu? Dia cakap tak ada apa-apa mungkin bengong sikit.hihi

Walaupun lega tapi hati masih tak keruan sebab esoknya ada event. Kalau kereta tak boleh start macam mana? Nama dah bagi confirm nak pergi. Pagi sebelum pergi kerja tu cuba start, alhamdulillah hidup tapi kena 2 kali start la. Masa dah cuak sebab dah dalam kepala dah detect bateri tapi cuba fikir positif jugak la.

Petang nak pergi event nasib la dia hidup lagi. Balik event pun nasib hidup juga. Lega rasa hati, ingat nak balik malam selepas event tapi member yang nak tumpang Cik Nor tu dah balik dulu. Batalkan niat balik esok pagi sebab ada task yang nak kena buat malam tu. 

Kemain awal bangun nak balik kampung, keluar nak panaskan enjin kereta. Tapi kecewa sangat-sangat sebab bateri dah tak boleh support.Nak nangis pun ada juga masa tu. Whatsapp kat keluarga, diorang suruh jumper dulu. Tapi malangnya tak ada siapa ada jumper masa tu. Terpaksalah tunggu pukul 10.00 baru kedai buka.

Dalam buntu-buntu tu adik yang kat Pasir Puteh cakap dia nak datang. Tunggu jer la dia datang. Ingat nak suruh jumper jer, sekali dia cakap bateri kong teruk dah. Kalau jumper bila matikan enjin tak boleh start balik. Tanya adik ipar ada kedai buka tak pagi jumaat ni? Dia cakap ada, Cik Nor apa lagi tukar baru terus la. terpaksalah huhu..dekat RM200.00 juga melayang pagi tu.

Rupanya baru Cik Nor tahu yang kereta automatik memang tak bagi warning kalau bateri tu kong. Nasib la Cik Nor kena kat rumah sewa, kalau kat tempat lain haru di buatnya.huhu. Korang pernah alami kes macam Cik Nor ni ke? Meh la sharing dengan Cik Nor.

Opps..apa yang lima tahun tu? Bateri tu sebenarnya dah berusia 5 tahun sejak mula-mula beli ni baru tukar. 2013 beli, 2018 tamat riwayatnya. hihi. Lama bertahankan. Cik Nor guna sel basah.

9 comments:

  1. mujurlah setakat ni bateri kering ni mati di rumah jadi sempatlah naik motor gi cari pomen n minta tolong tukarkan. kalau kena di tepi hutan menjerit sorang2 la abam kie nanti...

    ReplyDelete
  2. lahai..nasib kat rumah cik nor masa kena..kalau time kat jalan raya..tak ke haru...

    ReplyDelete
  3. Nasib baik juga.. ciktie pun dah tukar guna bateri basah juga

    ReplyDelete
  4. ms start tu x terasa mcm berat ke? kalu xsilap sy laa... ms nk start kena buat 2-3 kali baru enjin hidup... so dr situ bleh agak, bateri dah nk kong... sy kn bulan lps... syukur sgt bkn kena tgh2 highway tu mau nanges meraung kt situ jg ;-)

    ReplyDelete
  5. Dah tukar tahun lepas. Syukur jugak kena dekat rumah tapi sehari dua sebelumnya dah terasa susah nak start enjin kereta ditambah lagi pihak service kereta bagitahu mengenai bateri yang perlu ditukar. Syukur bukan kena masa di atas jalanraya.

    ReplyDelete
  6. tulah,nasib baik kena dekat kawasan rumah...kena ambil tahu jugak ni..risau kalau terlupa

    ReplyDelete
  7. Dulu kn ciknor kita pnh gak kena gitu ngn kete wira abh. Kita pkai sel basah juga. Cukup sthun dia kong. Mujur stiap kli kong tu jd kat rumah. Mmng tukar trus la.

    ReplyDelete
  8. lama juga tu

    5 tahun.

    kebiasannya bateri bertahan dalam 2 ke 3 tahun sahaja,

    ReplyDelete
  9. Lama tu 5 tahun.. sha guna yang jenis kering..

    ReplyDelete