Breaking News

Mr. DIY Aku Datang


Assalamualaikum.

Minggu ni Cik Nor tak balik kampung sebab ada kerja yang nak kena settle. Kalau kampung mesti tak jadi kerja dibuatnya. Ada  jer kerja yang nak buat. Akhirnya terbengkalai juga kerja tu.

Kalau tak balik mesti ada jer kerja nak meronda bandar Kota Bharu. Hehe. Pergi pasar cari lauk dan sayur untuk buat stok dalam freezer. Almaklum lah Cik Nor kan bawa bekal pergi kerja. Lauk dan sayur mesti sentiasa ada dalam freezer.

Cik Nor tak ada masa beria sangat. Cukup la dengan adanya lauk dan sayur. Hehe. Nak keluar makan kat luar tak ada geng. Officemate kadang-kadang jer boleh ajak makan kat luar. Untuk langkah terbaik, bawal bekal jer la pergi kerja.


Alang-alang dah ada kat bandar Kota Bharu, kedai Mr. DIY pula dah dekat. Ajak la housemate masuk kedai tu. Bukan saja-saja nak masuk tapi nak cari kusyen macam dalam gambar kat atas tu. Sakit bontot tau dok atas lantai buat kerja. 

Kena pulak kerja tu kena fikir panjang, maka lama la Cik Nor dok kat lantai. Memang kebas bontot dibuatnya. Sebelum ni ushar jugak kat Mydin tapi harganya agak mahal dan kusyennya agak nipis. Macam tak berbaloi la pulak. Terus decide nak cari tempat lain murah dan tebal sikit. Alhamdulillah..jumpa juga kat Mr. DIY.


Inilah meja kerja Cik Nor. Nak beli yang besar tak boleh sebab Cik Nor sewa bilik berdua. Dah  la roomate tu banyak barang Cik Nor beli meja besar pulak lagi nampak crowded pulak.

Meja jepun jer kita guna, kecil pun tak apa janji selesa buat kerja. Kalau kat kampung susah sikit nak buat kerja sebab line internet terbatas. Kena keluar rumah baru dapat internet yang ok. Kalau kat dalam rumah hanya dapat layan whatsapp sahaja.

Meja kerja korang mesti selesa dan best kan?

12 comments:

  1. kita meja TV jer ciknor.. lagi sedeyyy. Sebab ina berkongsi TV dan satu masa yang sama jadikan PC jugak ni.. jadi takdelah ruang bekerja ina

    ReplyDelete
  2. laaa nape xajk sy skali? sy pn nk g jg😆

    ReplyDelete
  3. mr.asben aida sgt suka ke mr.diy.
    dia kalau masuk, tak kurang 30 minit dia sensorang layan blues dlm tu.
    kekadang beli brg skit je, dia suka membelek :)

    ReplyDelete
  4. Bagus ciknor ni, walaupun tak ada geng ajak mkn waktu lunch tetap bawa bekal dan masak sendiri...terbaik ciknor...semoga dipermudahkan urusan selalu...

    *** Doakan abg Qi tau...harap dia tak kena chicken pox...cuma tanda ruam mcm dh timbul...hmmmm

    ReplyDelete
  5. sama la kita ciknor suka guna meja jepun. Situ lah tempat buat kerja, situ lah makan

    ReplyDelete
  6. tak ada meja
    letak kotak bateri je atas tilam
    hehehe

    ReplyDelete
  7. Meja sy share dgn anak. Mlm takleh guna sbb anak nak wat homework

    ReplyDelete
  8. ada meja kerja yg menempatkan desktop tapi lebih selesa guna laptop sambil duduk di sofa tak pun kat lantai atau kekdg meniarap jer..hehe

    ReplyDelete
  9. lg kecil lg baik cik nor... x bersepah mcm kita... hehe

    ReplyDelete
  10. Meja tu dulu saya guna buat meja makan masa awal kawen aritu..terasa bahagia je duduk atas lantai macam orang jepun. Next time pi MrDiy ajak tau, nak folo

    ReplyDelete
  11. Janji ada meja dan memudahkan kerja pun dah kira syukur dah kan Kak Nor :)

    ReplyDelete
  12. Zumal buat kerja tak guna meja, sambil tergolek atas sofa pun boleh tulis entri...

    ReplyDelete