Rezeki Musim Kenduri
Assalamualaikum..
Minggu lepas ingat malas nak balik kampung tapi mak beria suruh balik jugak sebab dia dah ambik tempahan banyak. Adus, dengan berat hati balik jugak la..eh..berat hati sangat la..padahal dia memang nak balik pun. haha. Duduk kat rumah sewa ni macam tunggul kayu jer..masing-masing buat hal masing-masing jer.
Cik Nor balik petang khamis, so pagi jumaat hingga ke magrib tu bersenang- lenang lagi. Emak awal-awal lagi dah gentel inti untuk kuih yang di panggil tepung bungkus ni. Lepas isyak operasi bermula. Aduii.. mak Cik Nor pun satu dah tahu nak buat banyak beli lah santan. Ni dia guna kelapa biasa, Cik Nor jugalah yang kena mesin. Dah la ada lagi rasa trauma yang mesin jari sebelum ni. hihi. Entry mesin jari tu kat https://norminieza.blogspot.my/2017/05/orang-lain-mesin-kelapa-cik-nor-mesin.html. Dengan berhati-hati Cik Nor mesin la kelapa tu. Mula-mula 4 biji untuk kuih tepung bungkus ni. Kemudia lagi 3 biji untuk tepung gomak.
Malam tu mak Cik Nor ambik tempahan untuk 2 jenis kuih. Gambar tepung gomak tak sempat snbnap sebab Cik Nor bangun lambat. Kuih tu pun dah siap dihantar. Kemain awal start awal sekali pukul 2.30 pagi tak tidur lagi. Mak lagi lah..dah subuh pun tak tidur lagi. Kuih ni leceh sikit nak buat sebab banyak step. Mak Cik Nor memang 100% guna kaedah orang dulu-dulu, memang masak la nak siapkan hampir 500 bungkus kuih ni. Campur dengan tepung gomak 100 biji. Aduyaii..
Nak tak ambik tempahan jiran-jiran berharap sangat. Cakap tak ada kelapa, siap bagi kelapa kat rumah mereka. Cakap tak ada daun pisang atau pinang siap hantarkan ke rumah. Tu yang mak Cik Nor serba salah nak tolak permintaan. Mak pulak masih guna harga lama lagi. Anak-anak semua dah bising, mak kuih ni leceh, harga barang pun banyak dah naik harga. Dia boleh jawab apa, tak perlah kita berniaga sambil bersedekah. Hurmm..anak-ank redha jer la.hihi
Rezeki musim kenduri kahwin memang banyak tapi atas kehendak kita. Rajin atau malas sahaja persoalan utama. hehe
inshaAllah semoga mak cik nor sentiasa dimurahkan rezeki dengan tempahan yang tak putus2 setiap hari
ReplyDeletesedapnyerrr tepung bungkus tu...fav tuuu
ReplyDeletebanyaknya cik nor... mesti sedap tu smpi kenduri pun org tempah
ReplyDeleterajinnya mak cik nor bersedekah. Dia buat sebab nak hilangkan bosan sambil tolong jiran kot. Bestnya dapat makan kan
ReplyDeleteSedapnya tepung gomak Dan tepung bundkus
ReplyDeletebanyaknya order tepung bungkus. sedapnya, lama tak makan..
ReplyDeleteSelalunya sedap kalau org2 lama buat.kita suka juga makan tepung bungkus
ReplyDeletebanyaknyaa
ReplyDeletebnyknya order cik nor.. lamanya tak makan tepung bungkus.
ReplyDelete