Breaking News

Perdana Street Food 2018 | Masakan Tempatan VS Masakan Barat


Assalamualaikum..

Pada 15 Mac 2018, Cik Nor mendapat jemputan untuk mencuba sendiri makanan di Perdana Street Food yang dianjurkan oleh Hotel Perdana, Kota Bharu. Perdana Street Food ini bermula dari 15 Mac sehingga  15 April 2018 dari jam 6.30 petang sehingga jam 10.30 malam. Pelbagai makanan berkonsepkan Street Food disajikan.

Laksa Utara

Soto Ayam

Bagi korang yang tidak mengambil makanan berat di waktu malam, Perdana Street Food menyediakan hidangan ringan tapi mengenyangkan seperti Laksa Utara dan Soto Ayam. Cik Nor dah cuba kedua-dua menu tersebut, memang mabeles orang kata.

Colek Buah-Buahan

ABC

Ais Kepal Buah-Buahan

Musim-musim panas macam ni kalau pekena ABC atau Ais Kepal Buah-Buahan ditambah pula dengan Colek Buah-Buahan memang terangkat habis. Terasa di awan-awangan kejap. Rugi tak cuba menu-menu ni.

Dim Sum

Bagi penggemar Dim Sum ini lah tempatnya. Perdana Street Food menyajikan 3 set pilihan Dim Sum yang begitu menggoda korang. Memang sedap dan menyelerakan kerana ianya dimasak sempurna.

Sweet Pasta

Crepe Suzette

Tak lengkap rasanya sesuatu hidangan jika tiada pencuci mulut. Cik Nor cadangkan korang cuba Sweet Pasta dan Crepe Suzzette yang begitu menyelerakan. Sehinggakan rasa mahu bertambah sehingga 2 hidangan.


Agak-agak korang terliur tak dengan hidangan yang Cik Nor tayangkan ini. Kalau terliur apa lagi, jom la serbu Perdana Street Food sekarang. Pelbagai hidangan istimewa menanti korang. Harga bermula hanya dari serendah RM3.00 mengikut hidangan pilihan korang.


Inilah team kami untuk food review kat  Perdana  Street Food 2018. Terima kasih buat Hotel Perdana, Kota Bharu kerana menjemput kami.


Untuk tempahan dan pertanya, korang boleh hubungi 07-7458888 atau fak : 09-7588855

Korang juga boleh lawati :

Website :  www.hotelperdanakotabharu.com
Facebook :https://web.facebook.com/HotelPerdanaKotaBharu
Instagram : #hotelperdana_kotabharu

14 comments: