Breaking News

Bila Ko Bosan Dan Lapar


Assalamualaikum..

Mesti korang tertanya apa motif Cik Nor letak gambar kucing tidur tu. Kalau siapa yang friend dengan Cik Nor kat facebook mesti korang perasan kot Cik Nor dah post gambar ni kat facebook. Sebenarnya ada cerita disebalik gambar kucing ni. Cerita apa? Tunggu Cik Nor cerita satu persatu.

Punca gambar ni di ambil bila kebosanan melanda. Bosan menunggu anak buah menghadiri peperiksaan dan temuduga untuk memasuki sekolah berprestasi tinggi Batu Rakit, Terengganu. Peperiksaan dan temuduga ini berlangsung pada 14 Disember 2017 bertempat di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, Kuala Nerus, Terengganu. Lebih kurang 2 jam lebih jugak la peperiksaan dan temuduga ini berlangsung. Masa menunggu yang lama telah menyebabkan pelbagai gambar Cik Nor snap termasuklah gambar kucing ni. Hihi


Dah kenapa Cik Nor tunjuk gambar sisa makanan ni. Tak senonoh betul kan. Hehe. Ini nak menunjuk kan betapa laparnya Cik Nor menunggu anak buah temuduga. Dari rumah ( Machang) ke Kuala Terengganu hanya alaskan perut dengan kuih sahaja. Tak selera nak makan tajuk tak jumpa sekolah tempat anak buah nak temuduga tu. Cik Nor pun dah ingat-ingat lupa jalan ke Kuala Terengganu sebab dah 6 tahun tinggalkan Terengganu. Alhamdulillah berpandukan google maps dan hasil bertanya orang sampai juga tempat di tuju tepat pada masanya.

Anak buah siap temuduga lebih kurang pukul 1.30 petang. Dah masuk waktu zohor dan kakak decide untuk solat zohor dulu sebelum cari kedai makan. Cik Nor ikutkan ajer. Cari punya cari akhirnya kami makan di Penarik. Kalau tak silap nama kedai makan tu Trizal King. Kedai makan yang manyajikan makanan laut celup seperti ikan, udang, sotong celup tepung. Selain tu juga ada nasi kukus ayam berempah, nasi ayam, cendol, air kelapa dan macam-macam lagi. Pinggan yang licin kat atas tu menandakan Cik Nor betul-betul lapar. Hehe.

Itu lah cerita disebalik gambar-gambar tak senonoh Cik Nor tu.hehe

8 comments:

  1. hehee, bila dah terlalu bosan menunggu kan. Mesti cari je benda yang boleh hilangkan bosan tu. Sama laa kita :p

    ReplyDelete
  2. sama lah,kalau bosan memang akan cari makanan. hehe

    ReplyDelete
  3. Betul-betul bosan tu cik nor. Kalau ana tak tau dah nak buat apa.

    ReplyDelete
  4. kalau abe kie bosan menunggu pasti abe kie gi cari nasi dagang Ganu ke ape...dok pade make kuih jah. sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan!

    ReplyDelete
  5. alololo ciannya cik nor kita kelaparan... sy memahami situasi tu sbb sy pun penah kena jg

    ReplyDelete
  6. haha..biasalah kalau menunggu orang.....Bikin lapar kan...wkwkwkwkwkwkwkwk..

    ReplyDelete
  7. semoga anak buah Cik Nor berjaya dalam temuduga

    ReplyDelete