Breaking News

Perdana Street Food 3.0 Menjanjikan Kelainan


Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Cik Nor beri peluang untuk mencuba pelbagai makanan, minuman dan hidangan pencuci mulut di Perdana Street Food 3.0 yang bertempat di Hotel Perdana, Kota Bharu.  Perdana Street Food 3.0 menyajikan pelbagai pilihan menu yang menyelerakan dan menjanjikan kelainan bagi setiap hidangan.

Perdana Street Food 3.0 ni bermula pada 1 Disember 2017 dan akan berakhir  31 Disember 2017. Korang boleh mula datang pada pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam.  Korang tahu tak ada 13 gerai berbeza yang akan menonjolkan kepelbagaian dan keunikan rasa resepi makanan jalanan.

Teppanyaki

Jangan korang tak tahu Perdana Street Food 3.0 ni ada menyajikan makanan Korea seperti Teppanyaki dan Ramen. Mesti peminat makanan Korea teruja kan?

Roti tisu

Kalau korang tak nak makanan berat malam-malam ada juga disediakan makanan ringan seperti roti canai. Ada roti canai biasa, roti cotek, roti pisang, roti planta, roti tisu, roti sardin dan roti telur yang dihidangkan bersama kuah dhal dan kuah kari kosong.

Air Batu Campur

Korang ingat malam-malam tak ada orang jual ABC ke? Kat Street Food 3.0 ada menyediakan ABC dan Cendol Pulut Mangga. Memang banyak kelainan disini.


Banana kataifi

Hidangan pencuci mulut yang memang menggamit selera korang untuk mencubanya. Banana kataifi dan Putu Halba yang memang ohsem

Pelbagai jenis sup

Pelbagai jenis sup disediakan, antaranya sup ayam mamak, sup kambing mamak, sup tulang mamak dan paling hot sup torpedo. Roti benggali turut dihidangkan bersama sup sebagai hidangan sampingan.

Pelbagai jenis minuman

Pelbagai jenis minuman juga disediakan. Pilihan Cik Nor sudah semestinya air buah.

Lok-lok

Gerai celup-celup menyediakan pelbagai hidangan ringan seperti bebola ikan, isi ketam, isi udang dan bermacam lagi yang menjadi kesukaan anak-anak korang. Bukan takat budak-budak suka, orang dewasa pun sama la..hehe

Ikan bakar

Gerai ni paling Cik Nor suka kerana ikan-ikan dan sotong segar di masak live didepan korang. Ikan atau sotong tu korang boleh masak sweet sour, nyonya, sambal petai, berempah dan macam-macam lagi. Oppss.. lupa nak cakap, bila order ikan bakar ni korang akan dapat nasi lemak percuma tau. Best kan?

Putu halba

Fettuccine Carbonara

Bagi penggemar masakan barat jangan bimbang Perdana Street Food 3.0 menyediakan Spaghetti Bolognaise dan Fettucini Carbonara.

Mumbai Chicken Burger

Selain dari spaghetti dan fettucini, Perdana Street Food 3.0 turut menyajikan burger yang begitu membangkitkan selera makan korang. Pilih sahaja nak burger apa. Ada Mumbai Chicken Burger, Beef or Chicken Burger, Roti John dan Fresh Garden Salad bagi yang diet.

Pelbagai jenis ikan dan sotong

Kupon yang korang akan dapat bila telah membuat bayaran.

Terliur tak korang? Mesti lah kan sebab banyak makanan yang menyelerakan disediakan. Harga tak payah risau ianya bermula serendah RM5.00 dan berbeza mengikut hidangan. Memang rugi lah kalau korang tak datang Perdana Street Food 3.0 ni. Dah la makanan sedap, harga murah pulak.  Jangan kata Cik Nor tak payung yer.

Apa yang bestnya Street Food 3.0 ni, korang boleh makan disitu atau pun bawak balik kerana pembungkusan makanan dia seakan gerai-gerai tepi jalan. Kalau nak rasa ekslusif dan mewah boleh terus makan kat Hotel Perdana. Nampak macam orang berada sikit. hehe. Makanan murah tapi tempat exclusive mana nak jumpa lagi kalau bukan di Perdana Food Street 3.0.

Apa tunggu lagi Perdana Food Street 3.0 sedang berlangsung sekarang. Bawalah seisi keluaga korang dan rakan-rakan korang untuk menikmati makanan ala gerai tepi jalan yang unik dan berbeza dari biasa.  Cik Nor dah cuba, korang bila lagi?

8 comments:

  1. sedap gila nampak. rasa mcm skrg jugak nak pegi sana

    hii jmput join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  2. nampak sedapnye semua makanan yang Cik Nor snap ni..terliur dh ni..

    ReplyDelete
  3. Puas makan ni, mmg sure seminggu kenyang ni haha... berapa harga sekepala Cik Nor?

    Dessert tu mcm menariklah. Jarang jumpa tu

    ReplyDelete
  4. Woohoo kalau pasal makanan mmg mama suka

    ReplyDelete
  5. semuanya sedap2 lahaiii cik nor oiiii kalu dkt mmg sy terjah skrg!

    ReplyDelete
  6. Wah bestnye ada food fest d klate loni..tksih..nak g lah wei...moh pakat g blako adik kakak.

    ReplyDelete
  7. terliur dohh.. malam2 dok baca entrii sini ..

    ReplyDelete