Breaking News

Planner 2018


Assalamualaikum..

Dah hujung tahun 2017, alahai cepatnya masa berlalu. Usia makin bertambah tapi amal ibadah untuk dibawa ke akhirat belum tentu bertambah seiring dengan peningkatan usia kita.  Cik Nor cakap kat diri sendiri bukan kat korang yer. Korang mesti baik dari Cik Nor kan? Cik Nor ni usia jer meningkat tapi perangai macam budak sekolah menengah lagi. Hihi

Eh, tadi tajuk lain tiba-tiba membebel pasal cerita lain pulak. Korang mesti cari planner 2018 yang cantik-cantik kan setiap tahun. Ye lah baru semangat nak tulis coretan indah setiap hari ditahun baru. Cik Nor  setiap tahun tak pernah fikir pasal planner kerana setiap tahun akan ada company yang hantar. Bukan hantar cukup-cukup untuk staf kat pejabat tu tapi setiap tahun mesti ada yang lebih. Staf kat pejabat Cik Nor kerja bukanya ramai.

Company yang biasa hantar planner kat pejabat Cik Nor kerja ialah Daikin, Acson dan Genius. Semua ni syarikat berkaitan penghawa dingin.  Mesti korang tertanya-tanya kenapa setiap tahun syarikat ni hantar planner kat pejabat Cik Nor kerja. Sebenarnya syarikat tempat Cik Nor kerja ni perunding mekanikal & elektrikal. So, mereka ada collaboration dengan firma tempat Cik Nor kerja dalam sesuatu projek. Memang untuk projek besar mereka-mereka ni akan turut serta. Lebih kurang macam la ceritanya kenapa tiap-tiap mereka hantar planner.

Koran pula beli atau dapat planner percuma? Meh la sharing dengan Cik Nor.😀

13 comments:

  1. CCL belum ada planner book lagi ,alahai dah nak masuk tahun 2018 kan

    ReplyDelete
  2. bgsnya cik nor dh dpt planner... sy skang mmg ssh nak dpt planner free melainkan yg ofis punya jer...

    ReplyDelete
  3. Ekin dapat planner sis gee.. Rezeki tapi xtaw nak guna hahahaha..

    ReplyDelete
  4. sy buat sndiri planner tgk kat youtube camna nk design. baru blaja guna planner. hahaha

    jom singgah blog sy :)

    ReplyDelete
  5. saya diy planner utk personal punya (kerja-kerja blog & personal)..yang ofis punya, untuk ofis..tak mau mix..lagipun hat ofis punya formal sangat..tak semangat nak tulis..kalau diy, boleh deko lawo2 ikut taste kita..ada kaler2 sikit.. #demandsangatkan..hehe

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapat planner free. tahun ini saya jarang dapat planner tebal mcm ni. orang selalu bagi calendar and monthly planner je. jimat kos mungkin

    ReplyDelete
  7. nak seee lama doh tak de planner hahahahah

    ReplyDelete
  8. sy tggu prudential kasi planner hrp2 dpt laa seketui ;-)

    ReplyDelete
  9. Dulu masa kerja makan gaji dapat la planner free.. sekarang berbisnes sendiri ni kenalah beli sendiri je..hehe. Planner 2018 saya warna hijau, suka!

    ReplyDelete
  10. Lambat nk dpt free siap siap beli da huhu biasa akhir januari baru dpt bersepah tulis sana sini hikhik

    ReplyDelete
  11. semua orang ada planner, nad je takde..haha..tak tau nak tulis ape dekat planner tu

    ReplyDelete
  12. saya pun guna planner free punya..saya dapat dari agen prudential

    ReplyDelete