Breaking News

Tips Bila Menyewa Rumah Atau Bilik

Sumber gambar pakcik google

Assalamualaikum..

2 hari dah tak membebel kat blog. Dan 2 hari jugak lah pageview dah down sakan. Maka hari ni Cik Nor mula membebel balik lah.hehe. Bukan nak membebel sangat tapi bila balik rumah sewa ada jer yang tak kena dimata Cik Nor. Biasalah kan bila dok menyewa ramai-ramai ni macam-macam perangai ada. Tahan mata jer la tengok. 

Hari ni Cik Nor nak kongsi dengan korang supaya disenangi oleh semua semua penghuni rumah sewa atau bilik sewa.

1. Jangan jaga tepi kain orang- itu sudah semestinya kan. Hal luar rumah ke masalah dia jangan pandai-pandai kita nak campur kecuali masalah itu dah masuk ke dalam rumah sewa kenalah kita ambik tahu supaya kita tak kena sekali masalah dia.

2. Jaga kebersihan- Ini amat penting tak kira korang dirumah sewa atau dirumah sendiri. Jangan kita buat rumah sewa atau bilik sewa macam rumah sendiri, suka-suka hati nak buat sepah. Tak kiralah dibilik, bilik air, rumah tamu atau pun dapur. Sebolehnya kita kemas selepas menggunakan tempat-tempat tersebut.

3. Jangan main redah bilik orang- Ini pun kena jaga jugak, walaupun kita kenal dan dah selalu borak dengan dia jangan suka-suka masuk bilik orang lain. Tengok aje bilik dia terbuka pintunya, terus jer korang terjah, orang tu buka pintu sebab panas ke apa, korang tanpa segan silu masuk nak berborak. Jangan amalkan yer.

4. Jangan jadikan dapur rumah sewa macam dapur rumah sendiri- Ini lah yang terjadi dirumah sewa Cik Nor. Masak pandai tapi bila masa kemas bukan main liat. Nak kata budak sekolah, semuanya dah kerja. Kalau kahwin anak dah berderet.haha. Tu tang mengemas, tang ambik bahan masakan orang lain satu hal. Minta kebenaran sebelum menggunakannya. Begitu juga dengan peti sejuk, jangan penuhkan dengan barang kita jer, orang lain pun nak letak barang juga. Timbang rasa itu penting.

5. Jaga parking korang - bukan maksud Cik Nor korang nak jaga tempat parking tapi bila korang parking kereta tu janganlah menyusahkan orang lain. Maknanya jangan block kereta orang lain. Mana lah tahu kot tengah-tengah malam diaorang ada panggilan kecemasan. Kereta pula kena block tak ke haru jadinya. Jangan pentingkan diri sendiri yer.

6. Jaga ada ketika bercakap - Ini amat penting bila dok ramai-ramai ni. Ada yang berumur dan ada yang muda. Cakap jangn main ikut suka. Ada yang terasa mulalah mengasingkan diri. Hormat pada yang tua itu penting.

Itulah sedikit tips dari Cik Nor yang dah masak dengan perangai penghuni rumah sewa. Kadang-kadang kalau hati tak kental boleh jadi raksasa gorgon jadinya.haha

9 comments:

  1. biasalah kalau duduk ramai ni tkleh nak undercontrol sikit hahaha

    ReplyDelete
  2. Bila dah duduk ramai-ramai ni macam- macam la ragam. Boleh tahan juga cik nor membebel hihi. Jangan marah. Oh ye kinah ada buat segmen. Jemput la singgah ye
    http://ape-kinah.blogspot.my/2017/08/segmen-blogwalking-merdeka-by-love-is.html

    ReplyDelete
  3. mujurlah abe kie x de pengalaman menyewa ramai2 mcm ni.

    ReplyDelete
  4. betull..kena ikut semua tips ni kalau kita menyewa bilik/rumah

    ReplyDelete
  5. Kalau duduk rumah sewa ke, bilik sewa ke hati kena kuat..macam2 perangai masing2...klu tak kuat, bak kata cik nor boleh bertukar jadi raksasa gorgon..haha

    ReplyDelete
  6. erm... bgs tip ni... dulu duk umh sewa mmg tak kuar umh... blk keje masuk umh terus tak kuar, loni pun sama gk... hehe... nasib baik makcik sebelah umh tu baik, klu dia buat apa2 mkn terus pgl sy dan hband mkn sama.... sampaikan dia tanya xde kat umh ke? tak dgr suara anak...

    ReplyDelete
  7. setuju sgt2 cik nor... ia lbh kpd adab dan tatasusila

    ReplyDelete
  8. memang semua kena jaga. Walaupun duduk dengan kawan tapi jangan anggap kawan tu mak kau..hahaa

    ReplyDelete