Enchanteur Stunning | Menghidupkan Detik Romantis Anda
Assalamualaikum..
Wangian seorang wanita
mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat
disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih
sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad
lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu
untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.
ENCHANTEUR jenama
wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah
melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena
pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan
iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan
kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan
tertawan dengan aroma sensual yang
dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa,
seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.
Selain Eau de
Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui
rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.
ENCHANTEUR telah
membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh
seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi
warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol
ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik
percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam
botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh
dijadikan hiasan di atas meja rias.
Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60. Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/format-stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40. Manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80. Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati disemua rangkaian pasaraya, pasaraya besar dan farmasi.
ENCANTEUR EAY De Toileete boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) setiap botol 50ml.
Untuk maklumat lanjut mengenai ENCANTEUR, sila log masuk ke : www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCANTEUR www.facebook.com/EnchanteurMY
mampu milik ni...
ReplyDeleteKita suka bedak talkum dia, wangi!
ReplyDeleteDulu masa sek suka sgt pakai perfume enchanteur ni. Wangi sgt. Skrg packaging dia bukan main lawa lagi. Mcm menggoda suruh beli pula ni. Hehe
ReplyDeletebestnya
ReplyDeletebestnyaaaa.. mesti wangi tu..
ReplyDeleteTeringat sorang roomate kat u dulu....dia suka beli bedak ni.
ReplyDeletePengemar enchanteur tapi guna yang paris punya serasi dgn wamgian tu
ReplyDelete