Breaking News

Bila Baju Raya Ko 4 Bulan Dikedai Jahit

Pinjam pakcik google punya gambar

Assalamualaikum..

Malam tadi membebel pasal orang tak nak balas blogwalking. Hehe. Malam ni nak membebel pasal baju raya pulak. Suka benor Cik Nor membebel sekarang ni yer. Korang bertabahlah membaca blog Cik Nor hingga ke akhir noktah.haha

Baju-baju raya kat atas tu tak ada kaitan dengan apa yang Cik Nor bakal cerita ni. Fesyen baju pun tak sama. Cik Nor tempah baju kurung jer. Baju macam gambar kat atas tu boleh tempah tapi untuk kali pertama je la boleh pakai. Bila masuk kali kedua.. korang tak payah tanya la..haha. eh..merapu pulak Cik Nor ni kan.

Macam ni ceritanya, sebelum raya puasa Cik Nor ada hantar kain 2 pasang kat kedai jahit. 1 untuk buat baju kurung. 1 lagi dress yang Cik Nor beli kat Zalora, yang otter jer sebab labuh sangat. Cik Nor kan rendanf jer.hehe. Ingat raya puasa dah boleh pakai. Tup-tup dekat nak raya kakak bagitahu tukang jahit tempat Cik Nor hantar kain tu kena patuk ular. Urmm..pasrahlah baju tu memang tak sempat nak pakai raya puasa. Nasib baik tema tahun ni pucci dan Cik Nor dah beli sepasang kain lagi sebab nak bagi masuk dengan tema. Dan nasib baik jugak Cik Nor suruh adik Cik Nor jahit baju tu. Maka sempat la pakai raya puasa tu.

Yang menjadi tanda tanyanya sampai sekarang ni kain yang sepasang tu dah jadi baju ke belum. Nak masuk raya haji dah ni. Kalau tak siap lagi tak tahu lah. Tak kan la tak sembuh-sembuh lagi kena patuk ular kot. Pergi kedai dia tutup. Bila mak atau kakak jumpa tukang jahit tu,tanya dia bila nak siap. Dia cakap minggu depan dah berapa kali minggu depan pun tak ada khabar berita lagi.

Jangan kain-kain Cik Nor tu jadi arwah dah la. Kain pasang yang nak buat baju kurung tu beli kat Indonesia.  Dress yang beli kat Zalora tu harga dia RM1.00 nak cukup RM200.00. Haru weh kalau arwah kain-kain tu. Raya haji ni ingat nak pakai la tapi nampak gayanya macam tak sempat lagi la.huhu

Korang ada pengalaman macam Cik Nor tak?


10 comments:

  1. Isteri abe kie pernah kena pengalaman yg teruk dgn tukang jahit di kg dia. Baju kurung yg dia hantar untuk dijahit pd raya puasa 2016 masih belum siap! Ni dah masuk raya haji 2017 pun masih x de khabar berita. Mujurlah tukang jahit lelaki selalu tepati masa. abe kie x pernah alami situasi mcm ni.

    ReplyDelete
  2. xpe cik nor ada reeki InsyaAllah selamat kain, dress cik nor tu... hehehe... klu arwah mmg haru

    ReplyDelete
  3. since baju saya hilang kat tukang jahit, sejak tu sy x penah tempah lg. Semua beli wpn mahal hahaha

    ReplyDelete
  4. Haru lah lagu nih bila baju raya tak siap siap.. Nak masuk raya haji dah nih

    ReplyDelete
  5. Adehhh. susah jugak jumpa tukang macam ni.

    ReplyDelete
  6. Hihi....tumpang kesian cik Nor...tp maaflah terketawa pulak.
    Mmg sakit hati ye Cik Nor kalau cenggitu punya perangai Tukang Jahit. Kita dahlah tak sabar nak pakai. Gitu pulak jadinya.

    ReplyDelete
  7. Ambil baliklah cik nor hantar org lain. 4 Bulan lama Tu. Takut jd 4 tahun je haha

    ReplyDelete
  8. Huhu..Ni yang tak suka,kan cik nor kalau hantar kain kat tukang jahit..Risiko macamnni la..baju tak siap..baju nk pesen lain, yg dapat pesen lain..fuhh..bertabah la..kalau macam kes cik nor ni, takut kain tu tak dapat dikesan..huhu

    ReplyDelete
  9. Pernah mengalami baju x siap tapi mujur la kain tu ada

    ReplyDelete