Breaking News

Beli Air Ditapis Atau Pasang Penapis Air Dirumah | Mana Lebih Elok?

Sumber gambar dari pakcik google

Assalamualaikum

Tengah buntu ni tiba-tiba jer pageview jatuh mendadak. Dimana silapnya. Sebelum ni pagi dah dapat 100-200 pageview. Sekarang ni nak dapat 100 pun susah. Nak kata tak ping kat laman sosial dah ping. Habis tempat Cik Nor ping. Haha

Sudah cukup sudah..cukup sampai disitu sahaja. Tinggalkan masalah itu. Penulisan untuk entry baru perlu diteruskan.hehe. Kata blogger mana kenal erti putus asa. Tak giteww. Dah lama terfikir nak buat entry pasal tajuk kat atas tu tapi idea tak mari-mari. Tiba-tiba malam ni idea macam mencurah-curah. Macam tipu jer Cik Nor ni kan. Korang lebih suka beli air ditapis atau pasang penapis air dirumah yer?

Cik Nor buat masa ni dah tersuka pasang penapis air kat rumah dah. Hampir setahun dah Cik Nor guna penapis air kat rumah. Jenama tak perlu bagitahu la kot. Sebab ni bukan iklan berbayar. Kalau iklan berbayar perlu la mention banyak-banyak kali. Hah gitew.😀. Banyak la bezanya kalau pasang penapis air dirumah.

Pertama tiap-tiap minggu pasti kena cari duit syiling nak isi dalam tong air tapis. Masalah tu kan. Lepas tu tong air tapis kalau dekat rumah tak apa. Semuanya ada kat bandar. Haru pulak nak kena guna kereta bagai. Kalau sekali refill satu botol tak kisah sangat, ni 7 botol macam botol air zamzam tu. Bayangkan la.. tu pun belum cukup untuk seminggu. Kat rumah Cik Nor ramai rakyat jelata.haha

Baru-baru ada terbaca yang mesin air tapis tu tak diselenggara dengan baik. Gulpp..telan air liur jap. Cik Nor pulak main ambik jer asal mesin tu menjadi. Sejak dari tu nekad dah tak ambik air tapis kat mesin. Kebetulan kawan pejabat baru pasang penapis air kat rumah dia dan masa tu masih ada promosi. Apa lagi terus la grab satu. Yang murah jer. Hehe

Kelebihan bila ada penapis air dirumah ni jimat masa dan tak nampak duit syiling keluar tiap-tiap minggu. Hihi. Tiap-tiap bulan potong terus dari akaun. Haha. Yang pasti kebersihan terjamin kerana setiap 2 bulan ada khidmat servis dan 4 bulan sekali tukar filter. Bagus kan. Tak salah bekorban duit sikit untuk keluarga. Diorang sihat kita pun tak risau sangat. Tak giteww korang?

Korang beli air yang ditapis atau pasang penapis air dirumah?

13 comments:

  1. rumah saya guna penapis air kak.. beli.. monthly rm200.. hehehe.. takpe, asalkan sihat..

    ReplyDelete
  2. drop mesti sebab akak lupa singgah tu.. haha..

    akak tak guna apa pun kat rumah ciknor.. tapi sama la tengah berkira-kira jugak ni

    ReplyDelete
  3. heheh. btl tu. tp nak mention guna apa pun ok gak. blh jd rujukan.

    ReplyDelete
  4. pasang penapis... sbb boleh guna 1 rumah

    ReplyDelete
  5. tengah plan nak amik cuckoo nnti...

    ReplyDelete
  6. Semestinya pakai penapis air lagi mudah utk buat kerja.

    ReplyDelete
  7. ada baca jugak pasal cuci tak bersih tu sebab tu tak suka guna brand tu. singgah sini jadi pembaca baru blog ni :)

    ReplyDelete
  8. abam kie pasang penapis air di rumah je. Mudah sbb ada air sejuk n panas.

    ReplyDelete
  9. Tgh berkira kira nak amik cuckoo ni...ramai kata ok

    ReplyDelete
  10. Entahlah Cik Nor... kat rumah ni tak de penapis air pun, pakai air paip je hihi

    ReplyDelete
  11. Saya tak pakai penapis air . saya pakai teko panas air tu 😂 . setiap hari kena jerang air 😂

    ReplyDelete