Bila Ko Mula Blogging
Assalamualaikum..
Sejak 2 3 menjak ni ramai pulak blogger baru muncul. Macam-macam luahan perasaan yang Cik Nor baca. Ada yang ada blog tapi malu nak munculkan blog sendiri. Tak tahu macam mana mula blogging. Ermm.. terasa pulak Cik Nor. Dulu-dulu kan, Cik Nor start nak membebel dah ni. hehe. Cik Nor mula-mula tulis blog memang tak ada yang sudi membaca. Mana tak nya. Tulis blog macam buat karangan masa SPM. Gambar pun tak ada, memang tak menarik perhatian langsung.
Bagi newbie sekarang beruntung, korang sekarang dah ada social media nak sharing apa yang korang tulis. Masa Cik Nor mula-mula menulis dulu hantar ada twitter dan facebook jer. Masa tu social media tak popular sangat macam sekarang ni. Kalau macam twitter ramai artis yang guna. Kawan dengan artis ni faham-faham jer la.haha. Ada yang melayan dan ramai pulak yang tak melayan.
Memang dah giveup dan nak berhenti tulis blog dah sebenarnya. Follower ciput dan komen pun kurang. Nak menangis rasa. Tapi kawan-kawan blogger bagi nasihat bila dah menulis jangan berhenti dipertengahan jalan teruskan juga walau apa pun yang berlaku. Mereka menyokong Cik Nor sehingga sekarang. Newbie sekarang nak dapat follower 50 tu kejap jer. Cik Nor setahun menulis nak capai 50 orang followers memang sakit sangat.
Mesti korang tertanya-tanya macam mana Cik Nor buat dapat follower macam tu. Pertama sekali Cik Nor sertai Giveaway, segmen dan contest blog. Dari situ kita boleh perkenal blog kita kat orang lain. Orang nak follow ke tak itu lain cerita, yang penting kita promote yer. Kalau korang belek entry lama Cik Nor memang banyak la GA or segmen yang Cik Nor sertai. Sekarang macam dah perlahan sikit sebab tertumpu kepada penulisan untuk review.
Kedua kalau ada orang follow blog kita jangan la pulak kita berlagak, follow balik blog diaorang. Kalau tak jumpa link mintak diaorang tinggalkan link kat mana-mana. Kotak komen ada, shout box ada. Jangan lupa follow blog orang lain, diorang tak follow blog kita pun tak apa, janji kita boleh tengok dan baca cara penulisan meraka. Macam Cik Nor, suka follow blog blogger femes seperti Ben Ashaari, Cik Epal, Hanis Zalikha dan ramai lagi. Suka baca cara penulisan mereka. Santai tapi menarik.
Kepada newbie dalam dunia blogging, Cik Nor nasihatkan bila korang dah mula blogging jangan berhenti separuh jalan. Menulis dan terus menulis. Tiada orang yang membaca, pageview rendah peduli kan itu semua apa yang penting kandungan entry korang menarik dan bermanfaat untuk semua. Dari situ blog korang akan dikenali. Akhir sekali jangan lupa dan jangan segan untuk promote blog sendiri di facebook & instagram korang.
Kalau korang follow blog Cik Nor insyaAllah Cik Nor akan follow balik blog korang dengan syarat tinggalkan link dikotak komen atau shout box Cik Nor ya. Tak ada link blog Cik Nor tak follow yer. Tinggalkan kat kotak komen 'Cik Nor, saya dah follow blog Cik Nor tak reti-reti ke nak follow blog saya" ni link blog saya. Tulis macam tu jer..tak apa, Cik nor tak marah..haha
Nak kata saya newbie in berblogging, tak juga sebab mula diperkenalkan dengan penulisan menggunakan internet pada tahun 2000 di Livejournal. But penulisan itu more kepada syok sendiri atau sebentuk diari. Tapi kini ramai yang menggunakan platform yang lebih unggul, tapi malu untuk saya katakan... penulisan saya tidak tertanding dengan mereka yang sudah lama/popular. Saya lebih menulis untuk kepuasan diri sendiri. Tapi seronok juga sekiranya dapat follower dan pengomen yang ramai. Membuatkan diri rasa dihargai - sebab kita menulis bersebab.
ReplyDeletehttp://panphila.blogspot.my
Hahaha....teringat kenangan lama bila baca entry ni..saya berblog sebab nak simpan kenangan lama dalam blog...gahaha
ReplyDeletehaha..dulu masa saya mula2 berblog, sogan nak up entry kat fb ke, ig ke..malu ya amattt..bila dah bersosial, joint group2 blogger, baru berani langkah ke depan..skrg kalau ada entry baru je, terus share kat fb..haha..siap ping lagi..mula2 berblog mmg trafik rendah tapi jangan putus asa..keep writing apa yang rasa nak kongsi..nanti lama2 mesti trafik tu menaik tambah2 kalau rajin BW ke blog2 org lain..BW tu nak perkenalkan blog kita so jangan sogan untuk promote blog kita..dri situ baru orang kenal blog kita...
ReplyDeleteyes..betul tu..rabia start menulis blog pada tahun 2016.tahun 2017 ni giat aktif..selalu kunjung blog org lain.join giveaway,contest dan pernah jadi top komentar di blog org lain.
ReplyDeleterobiahtul.blogspot.com
mula minat blog sebab suka edit2 html ini. Lepastu convert minat tu ke mnulis pulak hehehe
ReplyDeleteJemput Singgah Panduan / Tips Lulus MUET
setuju dengan Cik Nor. Kalau betul2 minat blogging, jangan cepat down n give up bila rasa tak ada siapa singgah blog kita. kena tmbahkan usaha sedikit jea lagi
ReplyDeleteai dulu pernah berhenti blogging sebab masalah internet. Bila dah berhenti, malas nak menulis balik. Tapi bila dah start menulis, dah taknak berhenti pula sekarang..
ReplyDeleteCik nor mama pun baru start balik blogging ni. Dulu seksa gak nak update kena guna komputer. Tapi skrang senang aje update blog ikut handphone praktikal je
ReplyDeletebila cik nor membebel
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian.
ReplyDeletekena rajin kembali ni BW.
Wah.....bila otai bagi nasihat hihi...
ReplyDeleteSemoha terus suksess ye cik Nor
betul..sekarang ni kalau blogging dah mudah nak perkenalkan blog sendiri. Dulu miera pn malu..nak share kat fb pn malu..sekarang, lantak jela..haha
ReplyDeleteterima kasih cik nor saya newbie gak hahhahaha.. baru belajar nak menulis panjang2 dulu2 ayat sikit2 jer...
ReplyDeletehihi dulu memula memang sendu.. skarang pun sendu jugak tapi sronok hari demi hari ada dapat kawan baru..
ReplyDeleteCik nor memng rajin..hehee
ReplyDeleteBetul tu ciknor.
ReplyDeleteSaya dulu awal 2000 rajin ber livejournal...sekarang baru restart semula sebab rindu menulis. Kira freshie jugaklah camtu. Thank u bg semangat.
Sudi sudilah jenguk dua dua blog sy. English dan malay.
https://itsmirmira.blogspot.my
https://mokomira.blogspot.my