Breaking News

Nasib Tak Arwah


Assalamualaikum..

Malam ni hujan, syok ni tidur. Hehe. Tapi kan rindu kat blog la pulak nak tidur awal. Nanti kan peminat setia blog Cik Nor ternanti-nanti entry terbaru blog di blog Cik Nor. Eh..macam syok sendiri jer kan Cik Nor ni. Hah.. gitew.haha

Korang ingat tak yang Cik Nor pernah membebel pasal baru raya tak siap walaupun dah 4 bulan hantar ke kedai jahit. Kalau yang belum baca kat sini entry dia : Sini. Gambar yang kat atas tu dress yang Cik Nor tebus voucher Zalora. Harga asal dress tu RM199.00. Masa Cik Nor tengah cuci-cuci mata nak beli apa, tup terpandang dress tu tengah sales. Apa lagi grab la terus. Voucher yang Zalora bagi RM100.00 tapi harga dress ni RM109.90 rasanya sebab Cik Nor kena bayar RM9.90 semasa penghantaran.

Eh..lain tajuk lain pulak Cik Nor cerita kan. Minggu lepas balik kampung, sekali mak cakap baru yang Cik Nor hantar jahit sebelum bulan puasa dah siap. Apa lagi berbunga la hati ni. Tak payah beli baju raya. Eh dah tua pun nak beraya lagi ke? 😁😁😁.  Kena bayaran upah sebanyak RM40.00. RM10.00 upah potong dress tu sebab labuh sangat. Manakala RM30.00 lagi untuk upah jahit sepasang baju kurung. Murah ke mahal?


Upah tu mak Cik Nor dah dahulukan duit dia. Alhamdulillah...mak tak belanja yer. Cik Nor bayar balik.hehe. Gambar yang kat atas ni pulak baju kurung yang kakak Cik Nor bagi hadiah. Corak dia macam corak kain Sarawak kan?hehe

Jimat duit raya ni tak payah beli baju raya. Dua pasang sekali siap. Iyer2 jer Cik Nor ni nak pakai baju raya. Entah-entah dok kat dapur pakai tshirt dan kain batik jer.haha. Korang kalau raya haji ada baju raya jugak ke?hehe

Macam pelik jer, baju ni tiba-tiba siap. Ke tukang jahit ni tahu Cik Nor viral pasal dia.haha. Nasib tak arwah kain-kain Cik Nor tu.😀😀😀

7 comments:

  1. Serious cantik.baju yg beli kt zalora Tu cik nor.. beegaya ciknor Raya hj ni

    ReplyDelete
  2. terkejut baca tajuk tu tau. hahaha
    amboi cik nor.. kemain lagi semangat nak raya tuuu..
    haha

    ReplyDelete
  3. bergaya sakan la cik nor raya ni!

    ReplyDelete
  4. Haha tkg jahit pun pembaca blog cik nor :p

    ReplyDelete
  5. kalau baju raya haji ni tak concern sangat sebab sibuk tengok lembu. hahahha

    ReplyDelete
  6. Tak penah buat baju khas untuk baju raya haji... Slalu pakai balik je baju raya puasa dulu... Malas buat banyak2 nanti bukan pakai... Hiii

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/29/pengalaman-puan-hanisah-kecutkan-cyst-semasa-mengandung/

    ReplyDelete