Breaking News

KELEBIHAN BISMILLAH 21 KALI

 
Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk berkongsi amalan-amalan yang berfaedah untuk dipraktik dan diamalkan oleh sekalian umat islam diluar sana. Kebelakangan ini agak kurang hendak saya post'kan entry berkaitan pengalaman merawat. Rasanya lebih elok begitu, untuk menutup pintu dan ruang-ruang syaitan meniup rasa ujub dan tinggi diri dalam diri saya yang serba lemah ini.

Amalan ini amat mudah untuk diamalkan. Hanya memakan masa selama satu atau dua minit sehaja, namun anda akan mengalami kesan yang menakjubkan. Amalan in dilakukan semasa mahu tidur pada waktu malam. Cara amalannya seperti berikut:

Ketika hendak tidur pada waktu malam, apabila kita sudah pun di katil, setelah baringkan diri, bacalah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali. Kemudian niatkan dalam hati jam berapa kita mahu bangun esok paginya. Boleh juga berniat seperti ini ” Ya Allah, aku mahu bangun 20 minit sebelum azan subuh”. Atau pun begini ” Ya Allah aku mahu bangun jam 3.00 pagi untuk solat tahajjud”.

InsyaAllah anda akan terjaga tepat pada masa yang telah diniatkan.

Amalan ini amat mudah dilakukan dan amat mustajab kesanya. Kalau anda masih belum yakin atas apa yang saya paparkan disini, anda boleh mencuba sendiri mulai malam ini, kemudian lihatlah buktinya. Sungguh mudah sekali.

Disamping anda boleh jaga tepat pada waktu yang diniatkan, pengamal bacaan BISMILLAH 21 kali ini juga mendapat kelebihan-kelebihan lain juga, dengan izin Allah S.W.T antaranya:
  1. Anda akan terjaga tidur sekiranya ada penceroboh atau mencuri yang berniat buruk.
  2. Terselamat dari sebarang gangguan makhluk, samada dari gangguan manusia atau binatang serta gangguan jin.
  3. Terselamat dari sihir atau ilmu hitam yang di tujukan kepada kita yang selalunya dilakukan semasa seseorang itu tidur.
ALLAHU HAQ !!
 
sumber..: SINI

34 comments:

  1. Nak amalkan..tq Nor..good sharing..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih perkongsian ini cik nor.

    ReplyDelete
  3. Thank you atas perkongsian cik nor..insyaAllah boleh diamalkan ..:)

    ReplyDelete
  4. nice sharing cik nor...sama2 kita praktikkan
    Custom Made Sticker Kereta menyerlahkan kreativiti anda!!

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.. perkongsian yang bagus ni nor... sama2 kita amalkan...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih cik Nor :) Mulai malam ni jugak nak amalkan! Hihi

    ReplyDelete
  7. in sha Allah....mari sama2 kita amalkan.

    ReplyDelete
  8. Perkongsian bermanfaat. Boleh diamalkan selalu :)

    ReplyDelete
  9. terima kasih peringatannya ^_^ selalu mengamalkan

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum...cik nor,

    wahh.. perkongsian yang baik.. kelebihan bismillah boleh amalkan . Insaallah.. sharing is caring..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam..mselim
      terima kasih...alhamdulillah...

      Delete
  11. Alhamdulillah..same2 kita amalkan ye..InsyaAllah =)

    ReplyDelete
  12. bersama kita mengamalkannya.. perkongsian yang baik cik nor.. :D

    ReplyDelete
  13. tq sharing nor :) selalu juga shida amalkan :)

    ReplyDelete
  14. Tq cik nor share benda ni...nk cuba mlm ni!

    ReplyDelete