Breaking News

Petua Lama Menghilangkan selulit & Cara Memerangi Selulit Cara Moden


Sedia maklum,selulit atau kesan parut pada bahagian luar paha,perut dan punggung amat sukar untuk dihilangkan. Akan tetapi rawatan tradisional akan dapat mengurangkan kesannya.

Cara-caranya:

Cara 1. Ambil tawas,bancuh/canpur dengan sedikit air suam. Sapukan pada tempat atau bahagian yang terdapat selulit setiap hari.

Cara 2. Ambil minyak kelapa hijau,gunakan untuk mengurut bahagian badan yang berselulit setiap pagi selepas mandi.

Cara 3. Ambil timun muda dan parut serta biarkan berembun selama semalaman kemudian sapukan pada bahagian badan yang berselulit.

Cara 4. Ambil sebiji atau dua biji buah belimbing besi dan parut serta dicampurkan dengan madu asli,lalu sapukan ramuan tadi dibahagian yang berselulit,jika sering dilakukan hasilnya sangat memuaskan.

Cara 5. Ambil 5 pucuk daun bunga raya,giling atau tumbuk hingga lumat,simpan dalam peti sejuk/kulkas,dan sapukan ramuan ini pada bahagian yang terdapat selulit pada waktu malam.Lakukan rawatan setipa hari,anda akan melihat hasilnya...insyaAllah.

Cara 6:
-Ambil segenggam beras yang sudah dibersihkan.
-sebuku kunyit hidup.
-Lima helai daun pucuk senduduk.
-Sedikit kapur sirih
-Halia/jahe
-Daun cekur/kencur

Tumbuk atau blender semua bahan-bahan tersebuthingga hancur lalu sapukan pada bahagian badan yang berselulit.Amalkan setipa hari selama 2 minggu berturut-turut.Hasilnya cukup memuaskan hati anda.

1 comment: