KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Wednesday, June 8, 2011

The new Puduraya!

Setelah tutup berbulan-bulan untuk renovation, tempat ni dah jadi macam KLIA pulak. Tapi aku cuma sempat snap yang bahagian dalam je, bahagian luar cuma sempat snap pintu masuk utama, takde kerja nak keluar snap bahagian tepi Hentian Puduraya, panas woi dekat luar!

Anyway, dulu kat Hentian Puduraya lah tempat segala sampah kat KL ni berkumpul bagi aku. Dengan ulat tiket yang annoying, bau asap bas, tempat duduk berminyak, kutu rayau, pencopet, .. Sekarang tidak lagi!
Dekat pintu masuk utama, escalators!

It look like this last time

Not anymoar!

Dulu, tempat duduk tak pernah cukup dan ianya kotor berminyak

Not anymoar! Tempat duduk dimana-mana

Dulu kaunter tiket sempit, takde aircond dan penuh ulat tiket

Not anymoar!
 
Btw aku suka bila pengurusan puduraya buat pintu automatik berkaca dekat setiap entrance platform bus, takdelah masuk asap bus dekat tempat menunggu. Oh and, ventilation system dekat platform bus pun macam dah improve, dah takde bau asap bus yang kuat masa tunggu bus dekat bawah macam dulu.

Korang pun boleh nampak bus departure screen dekat mana-mana, in case kalau flight korang dah cancel, boleh tahu right away..Eh flight pulak, silly me.. =p


Oh ye, yang paling best security dekat sini.. Kau boleh nampak security officer dekat mana-mana, setiap level mesti ada around 10 orang untuk halau ulat tiket dan menakutkan pencopet, and ada post polis dekat dalam tu. Dah tak perlu risau kene pau dekat dalam tu.


Kedai untuk korang beli bekal makanan/minuman pun ada banyak dekat ruang menunggu, kedai buku agama pun ada, incase korang nak bertaubat sebelum naik bus.. Manatau mati eksiden masa perjalanan ke, at least percentage masuk neraka tu kurang sikit. 


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...