Breaking News

Terima Kasih Adsense


Assalamualaikum..

Malam ni nak cerita pasal surat cinta nun jauh dari luar negara. Haha. Percaya lah...Cik Nor tipu jer. Gambar atas tu surat dari google adsense jer lah. Kenapa dia hantar surat tu kat Cik Nor. Jom Cik Nor cerita.

Dulu selalu tengok orang tayang surat dari google adsense  ni. Dalam hati tertanya-tanya, kenapa diaorang dapat surat tu? Nak tanya orang malu la pulak. Maka pe damkan aje soalan tu. Sehingga la Cik Nor sendiri lulus adsense. Ingat senang pasang iklan adsense ni, rupa nya tak semudah memasang iklan nuffnang. Banyak pantang larang rupanya. Huhu.

Masa mula-mula pasang iklan ni, wah teruja sangat bila tengok income dia cepat sangat naik. Income dalam matawang usd siapa tak teruja. Dalam keterujaan ini Cik Nor terima email menyatakan ada invalid klik untuk iklan adsense Cik Nor. Dan sebagai dendanya iklan adsense diblog Cik Nor digantung selama sebulan.

Masa tu ada jugaklah perasaan down tapi still membilang hari untuk diluluskan semula. Lepas seminggu diluluskan semua, tiba-tiba payment kena hold. Dah kenapa? Ingat ada orang khianat Cik Nor lagi. Rupa kalau dah dapat 10usd kita kena mengesahkan alamat kita. Nasib tanya orang kalau pendam sendirila masalah tu.haha.

2 minggu jugakla tunggu surat tu. Kalau tak salah..surat tu akan sampai lagi bila korang capai 20usd. Sehinggalah korang dapat cashout. Berapa baru boleh cash out? 100usd yer korang.hehe. Siapa kawan blogger Cik Nor yang pernah cash out income dari adsense?

23 comments:

  1. Bahaya betul invalid klik kan... mantap dah dapat surat...

    ReplyDelete
  2. bestnyaa hehe mell tak capai 10 usd gpun haha

    ReplyDelete
  3. bestnyaa hehe mell tak capai 10 usd gpun haha

    ReplyDelete
  4. Bestnye... bile entah nak capai mcm tu...

    ReplyDelete
  5. abam kie dah kumpul usd77. lebih kencang drp nuff. dulu2 abe kie hampir capai usd100 tp tetiba duit tu hilang! Mcm bankrap dlm roda impian je. Geram tul masa tu. Rasa mcm dipermainkan!

    ReplyDelete
  6. Wahhhh...Bestnya...Bila la sy nk try apply plk..kiki

    ReplyDelete
  7. hebatnyer..

    sy masih merangkak2 lagi..hihi

    ReplyDelete
  8. tahniah..nak sampai 10 usd pun jenuh merangkak nie..berhuhuhu je la dulu :(

    ReplyDelete
  9. Blm cpai 10 usd pun lg. Makanya takde la dpt surat cinta tu ye. Hee

    ReplyDelete
  10. Wahhhh.....apa lagi! Jangan pulak buat buat lupa belanja hakak! Hihi...

    ReplyDelete
  11. Allhamdulillah... tahniah cik nor

    ReplyDelete
  12. tahniah cik nor!! ada entry macam mana nak lulus adsense ni x?

    ReplyDelete
  13. Wow, this is my first time AdSense approved my application. Pertama kali applied, dan pertama kali juga diterima tanpa apa-apa masalah. Cuma mengambil masa yang agak lama for Google to view all the details about my blog before approved. Tak sabar pula rasa nak dapat hasil.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
  14. waa..dah merasa income adsence..saya punya tak approve lagi

    ReplyDelete
  15. saya nak pasang nuffnang pun x lepas lagi..tatau mana slack nya. Ohhhs adis.

    jeMput folo blog saya.

    https://itsmirmira.blogspot.my

    https://mokomira.blogspot.my

    ReplyDelete
  16. QUANTUM BINARY SIGNALS

    Get professional trading signals sent to your mobile phone daily.

    Start following our signals right now and gain up to 270% a day.

    ReplyDelete