Breaking News

Projek Ramadan


Assalamualaikum..

Alahai..dah masuk 4 hari kot Cik Nor tak updates blog. Kalau Cik Nor cuti dengan blog-blog sekali la cuti. Nak buat macam mana kat kampung line tenet dah macam siput sedut masak lemak. Haha. Kalau siput sedut masak lemak sedap jugak makan. Betul tak korang?😀😀😀

Korang mesti tertanya-tanya malam ni Cik Nor dok kat mana dapat updates blog. Nanti lah Cik Nor citer yer.hihi. berbalik kepada tajuk kat atas. Idea nak buat projek ramadan ni terlintas kat fikiran tiba-tiba sahaja. Apa projek ramada Cik Nor? Cik Nor bahagikan makanan berbuka kepada penduduk kampung. Lebih kurang 50 buah rumah juga Cik Nor bahagi. Alhamdulillah..semuanya selamat terima. 

Kalau ikutkan dah yang tak cukup tapi nak buat macam mana budget Cik Nor tak banyak sangat. Cik Nor just kongsi rezeki yang Cik Nor dapat dari company sebelum raya. Macam tak lengkap kalau tak bersedekah di bulan ramadan. Betul tak?

Semua yang dalam bungkusan tu Cik Nor masak sendiri dengan penuh kasih sayang.hehe. Apa yang Cik Nor masak tu? Biarlah rahsia.😊😊😊. InsyaAllah..panjang umur dan murah rezeki tahun depan Cik Nor nak up kan lagi untuk agihkan ke 100 buah rumah pulak.

Apa projek ramadan koran? Meh kongsi-kongsi dengan Cik Nor, kalau sudi la😊

10 comments:

  1. project ramadhan saya lebih kepada ahli keluarga sendiri saja kak, belum ada rezeki lebih untuk di kongsi dengan jiran tetangga lagi...inshaAllah tahun depan, amin :D

    ReplyDelete
  2. bestnyaaaa,kita projek ramadhan uli humaira je la,ni nok ajok saing mari buko rumoh pun sero nok terlucut kain sarung doh hahahaha

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. moga rezeki cik nor sekeluarga melimpah ruah slps ni..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Semoga murah rezeki cik nor sekeluarga. Amin.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..murah rezeki cik nor ;)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah murah rezeki cik nor. Projek Ramadhan kinah tahun ni banyak tuk keluarga je. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  7. Mmg besar ganjarannya tu Cik Nor. Moga projek Ramadhan Cik Nor menjadi inspirasi kepada yang lainnya.
    Apalah agaknya cik nor masak ek

    ReplyDelete
  8. Wow ada projek Ramadhan kita pun tak cuba lagi baguslah moga amalan dilipat kali ganda bulan mulia ni...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..semoga dimurahkan rezeki cik Nor dan keluarga
    https://umifuzy.blogspot.my/

    ReplyDelete
  10. semoga murah rezeki akak.. projek ramadhan fiza buat sampul duit raya je untuk tahun ni :)

    ReplyDelete