Breaking News

SAPS Ibu Bapa Bantu Kecemerlangan


  Assalamualaikum..

 SAPS ibu bapa adalah satu cara terkini untuk  memeriksa keputusan peperiksaan dan ujian bagi murid sekolah dari darjah 1 hingga ke tingkatan 5. SAPS ini memudahkan ibu bapa memeriksa semua keputusan anak-anak mereka tanpa perlu ke sekolah. Anak-anak juga tak perlu menyorokkan lagi buku rekod keputusan peperiksaan atau ujian mereka. Semuanya dihujung jari, tak perlu lagi ke sekolah untuk berjumpa guru kelas untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak. Ingat kalau dulu ada mata pelajaran yang gagal., mesti anak-anak tiru tandatangan ibu atau bapa mereka kerana tidak mahu dimarahi atau dileteri. Sekarang jangan harap la, ibu bapa tahu dulu dari anak-anak yer.

SAPS IBU Bapa. SAPS adalah singkatan kepada sistem analisis pelajaran sekolah merupakan inisiatif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan kedua-dua belah pihak. Pihak guru dan juga pihak ibu bapa. Kalau dulu selepas peperiksaan guru-guru sibuk menulis keputusan peperiksaan murid-murid secara manual. Agak memenatkan. Kini tidak lagi dengan adanya sistem ini mereka hanya memasukkan markah kedalam komputer mengikut format yang telah disediakan. Begitu juga dengan ibu bapa tak perlu menunggu lama untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak. Siap sahaja guru key in, mereka boleh terus mengakses keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Mudahkan?

Dengan adanya SAPS IbuBapa ini, ibu bapa akan dapat sentiasa memantau prestasi pelajaran dan kecemerlangan anak-anak secara berterusan dan semudah di hujung jari sahaja. Mudah memang mudah tapi ibu bapa jangan lah terlalu mengikut emosi semasa melihat keputusan peperiksaan anak. Kadang-kadang tu anak-anak baru jer balik sekolah terus di marahnya. Terkedu sekejap anak. Tunggu dia dah hilang penat dan tengah bersantai-santai, baru lah tegur dengan elok mana-mana keputusan yang agak tidak memberangsangkan. Jangan marah tanpa usul periksa mentang-mentang diaorang tahu keputusan awal dari anak-anak mereka.
Bagi memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak secara online sila klik di sini --> SAPS Ibu Bapa. Ikut arahan yang di sediakan dan semuanya berjalan lancar.

Ibu bapa digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak mereka melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa. Apa ? Tak ada komputer di rumah? Tak apa dan jangan bimbang, korang boleh jer guna telefon pintar yang korang ada tu janji ada internet. Kalau tak ada jugak, anak-anak korang yang dah kerja tu kan ada, pinjam jer sekejap. Bukan nak buat apa pun, nak check keputusan peperiksaan adik-adik mereka juga. Membantu ibu bapa dapat pahala berganda tau. Kalau ibu bapa tak tahu menggunakan internet, korang sebagai abang dan kakak boleh juga memantau keputusan peperiksaan adik-adik demi untuk kecemerlangan mereka.




Apabila anda sudah boleh menyemak keputusan anak anda pada bila-bila masa di mana jua, sila terus prihatin dan lebih ambil berat tentang pendidikan mereka. Jadikan kelebihan teknologi ini satu batu loncatan kepada kita mendidik anak-anak. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara tidak baik.

Harap anda semua dapat share artikel ini suntuk  membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai SAPS Ibu Bapa 2017 ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online. Sistem ini bukan untuk membebankan mana-mana pihak tapi untuk meringan kerja guru dan juga ibu bapa. Dengan adanya sistem seperti ini anak-anak lebih berhati-hati untuk menjawab peperiksaan kerana keputusannya nanti akan dipantau ibu bapa walau dimana meraka berada. Tidak siapa yang boleh menipu lagi keputusan mereka. Ingat tu yer.

8 comments:

  1. uishhh..senang sekarang kan..boleh semak result periksa anak2 secara online je..mmg tak boleh kelentong la budak2 skrg ni..hehe

    ReplyDelete
  2. yup betul. skrg Abg Adam tak dapat results lagi mama dia dah tau. siap tye eh mcm mana mama boleh tau. cikgu bgtau mama ehh hehe

    ReplyDelete
  3. Sekarang mmg tgk result anak kat Internet jer Cik Nor. Kesiankan ibu ayah yg tak de internet tu..

    ReplyDelete
  4. Mudah dah skrg..semua dihujung jari jer..

    ReplyDelete
  5. zaman sekarang memudahkan cuma agak merumikan buat kali pertama

    ReplyDelete
  6. segalanya dah mudah skrg... cuma nk dgn xnk buat jee

    ReplyDelete
  7. Sangat berguna..cpt dpt tahu result priksa anak2

    ReplyDelete