Breaking News

Mini Contest Hari Guru 2014: Sebuah Kenangan






 Assalamualaikum..

Semasa berjalan-jalan dekat blog kawan- kawan tadi terjumpa satu mini contest sempena hari guru tahun ini.Lalu terdetik hati Cik Nor untuk ikut serta mini contest sempena hari guru 2014. Memang banyak kenangan bersama guru- guru tersayang. Gambar di atas begitu banyak kenangan pahit manis bersama.

Tahun 1997 adalah tahun paling penting dalam hidup Cik Nor, dimana pada tahun tersebut Cik Nor bakal menduduki peperiksaan besar iaitu SPM. Alhamdulillah..Cik Nor tergolong dalam kelas yang boleh dikategorikan pandai.Memang tidak disangka-sangka Cik Nor tergolong dalam kategori tersebut.Cikgu Norzeha Bahauddin guru kelas kami (5SC2) banyak membimbing kami menjadi pelajar yang berjaya dalam SPM. Kalau semasa PMR Cik Nor gagal kertas Bahasa Inggeris tapi berkat tunjuk ajar yang di berikan dan latihan giat yang diberikan Cik Nor lulus cemerlang dalam SPM.

Cikgu Sukartini adalah guru matematik yang paling memahami pernah Cik Nor jumpa. Sifat keibuan yang begitu menonjol membuatkan kami bersemangat untuk belajar.Kami macam belajar dengan ibu sendiri.Walaupun  cikgu suka marah dan membebel tapi kami gembira kerana marah-marah dan bebelan itu membuatkan kami sentiasa lulus dalam peperiksaan.Cikgu tak pernah jemu untuk mengajar kami walaupun kami nakal dan main-main semasa belajar.Semangat kental cikgu untuk mengajar kami, kami bawa bersama semasa peperiksaan SPM.Ternyata ia membuahkan hasil yang begitu memberangsangkan.Terima kasih cikgu.

Buat semua guru yang pernah mengajar Cik Nor terutama sekali semasa ditingkatan 5SC2 iaitu Cikgu Norzeha, Cikgu Sukartini, Cik Ali, Ustaz Nik dan ramai lagi.Jasa kalian tak akan Cik Nor lupakan sampai bila-bila.Dari seorang pelajar yang suka panjat pokok belimbing sekolah, panjat pagar sekolah, suka ponteng kelas menyakat pelajar lain balik kelas tambahan dan banyak lagi perangai nakal kami, cikgu telah mendidik dan membentuk kami menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan juga negara.


Selamat Hari Guru 2014 buat semua guru-guru di Malaysia teristimewa buat guru-guru Sekolah Menengah Seri Intan dan semua rakan-rakan yan bergelar guru.





27 comments:

  1. Jasa guru2 tak pernah dilupa..Good Luck Cik NOr..

    ReplyDelete
  2. semoga berjaya dalam mini contest hari guru ini...

    ReplyDelete
  3. Zumal tak ada pun gambar kenangan masa sekolah dulu... Sedih sangat...

    ReplyDelete
  4. shida ada dgn mmber je dgn guru xde cik nor huhuu..gudluck :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..samalah..nie pon nasib gambar kelas..thanks shida..:)

      Delete
  5. Rasa mcm.xde je gmbr dgn ckgu msa kt sekolah dulu..

    ReplyDelete
  6. Semoga berjaya dlm mini-contest! :D

    ReplyDelete
  7. Good luck cik nor..bagus segmen macam nie.. atleast kita igt balik jasa guru kita kan.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks farah,,...:)
      btl tu farah..jasa guru xkan dlupa sampai bla2...

      Delete
  8. selamat hari guru
    good luck cik nor

    ReplyDelete
  9. Puas dah cari Cik Nor yg mana satu...cik Nor pengawas yeh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kak..mana der.sy pelajar biasa jer.Yang kecik hujung belah kiri tu lah saya.sebelah pakwe tu..haha

      Delete
  10. Wah! Anak murid Kak Ha rupa2nya cik noor ni. What a coincidence. Dulu pernah gak jd pemeriksa dgn dia. Dia dan anak2 dia rajin buat kek...mula2 dia bagi free je. Pas tu abe kie beli utk birthday anak. Tp still murah..Sodap lagi!

    ReplyDelete
  11. mn ciknor?? ehehe... seronok bila throwback kenanga n lalu ni kan? lagi2 zaman sekolah,iaitu zaman suci.. ecehhh

    ReplyDelete