Breaking News

Sinopsis Drama Pemburu Rahsia

 

Sinopsis Pemburu Rahsia

Seorang gadis, Marissa Damia Nordin, seorang pempengaruh di media sosial telah ditemui mati di kawasan sebuah kolej. Mangsa dikatakan telah membunuh diri dan telah terjun daripada tingkat 7 bangunan kolej berkenaan.  Sebelum membunuh diri, mangsa dikatakan sempat membuat 'live' di laman media sosialnya dalam keadaan menangis.

Pemergiannya secara tiba-tiba telah mengejutkan ramai pihak. Punca depresi Damia juga menjadi tanda tanya. Kakak Damia, Aliya, telah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia demi mencari jawapan bagi persoalan ini.

Tidak lama kemudian, Aliya telah menerima mesej dari sebuah akaun misteri di Instaspace yang menjadi petunjuk kepada kes ini. Pengguna tersebut telah mendedahkan tentang lima orang pelajar kolej yang telah lama membuli Damia dalam alam siber.

Aliya berpendapat bahawa mereka ini perlu bertanggungjawab. Dipacu rasa kasih seorang kakak, Aliya nekad untuk membuktikan bahawa kelima-lima pelajar tersebut bersalah atas kematian adiknya. Dia telah dibantu oleh Sir Waiz yang merupakan kaunselor.

Namun, dalam perjuangannya untuk Damia, dia tidak sedar bahawa terdapat seseorang yang sentiasa memerhati dan mengancam nyawanya. Berjayakah Aliya menuntut keadilan buat adiknya?

Lakonan : Intan Najuwa sebagai Aliya, Adam Lee sebagai Waiz, Scha Elinnea sebagai Marissa Damia, Haliza Misbun sebagai Suraya, Muaz Zabir sebagai Ikmal, Raff Roslee sebagai Syaqir, Kimberly Chuah sebagai Elijah, Silfeny Osman sebagai Detektif Fasha, Zarul Husin sebagai Inspektor Rahmat, Fariz Isqandar sebagai Hakimy, Raden Zaharatul sebagai Bella, Kween Keela sebagai Nadine Ahmad, Dina Allysha sebagai Elisa, Izzulfaiq sebagai Koddy, Royce Iqram sebagai Daniel, Adwafri Shah sebagai Qoyyum, Azri Iskandar, Jesse Lim, Lydiawati

2 comments:

  1. Wahhh ada pengantin baru laa...intan najuwa ;-)

    ReplyDelete
  2. ada lah tengok iklan, nampak datin intan najuwa ni berlakon..ingtkan citer apa..jalan citer macam menarik je..tak cliche drama melayu...

    ReplyDelete