Bila Ko Kena Jadi Driver Adik Ko
Assalamualaikum..
Rasanya dah banyak hari tak bersiaran kat blog. Nak buat macam mana sibuk mengalahkan perdana menteri. Kalau buka blog pun cuma jejalan kat bloh orang sahaja. Nak menulis idea tarak mari, maka kita tutup laptop dan mulakan kerja rumah. Itulah rutin Cik Nor kalau tak ada idea nak menulis kat blog. Kalau ada memang laju jer menaip.hehe.
Tiga hari yang sibuk buat Cik Nor. Hari sabtu memang rutin Cik Nor keluar pergi beli barang dapur untuk seminggu. Keluar awal pagi tengahari baru balik. Balik tak sempat nak rehat terus bersilat kat dapur untuk masak makan tengahari. Penat jugak kalau seorang yang buat ni. Nasib baiklah Cik Nor ni tak kerja, kalau kerja mau mati kata dibuatnya.huhu
Hari Ahad tak keluar ke mana-mana sebab ada kerja yang perlu dibereskan. Cuma hari Isnin keluar ke Tanah Merah mencari alat ganti untuk enjin apa ntah. Ni kerja adik Cik Nor sebab tu tak tahu.haha. Sampai ke Tanah merah mencarinya tapi tak ada juga. Pusing balik ke Machang, kot ada kat Machang tapi hampa jugak. Sudahnya balik tengahri kelam kabut nak masak..adoii
Semalam keluar lagi, jadi driver adik ke JPJ untuk tukar nama kereta yang dia baru beli. Lupa nak bagitahu yang beli kereta baru ni adik Cik Nor yang OKU. Oleh kerana dia tak modified lagi kereta baru dia, maka Cik Nor lah kena jadi driver dia.huhu. Keluar 2.30 ptg, balik pukul 6.30 ptg..matilanakk..asyik keluar jer.
Hari ni dah boleh rehat, penat asyik keluar jer. Baju dah penuh bakul tak cuci.haha. Hari ni niat nak mendobi tapi tak tahu jadi ke tak bila menghadap laptop ni.haha. Doakan Cik Nor supaya jadi mendobi. Sebenarnya adik Cik Nor yang lelaki bongsu ada lesen memandu tapi jarang pegang stereng kereta tu yang tak yakin nak memandu ke mana-mana. Nasib baik hakak mu yang mithali ni ada, nak ke mana-mana bagitahu jer. Kalau rajin la.haha
Baca juga : Suasana Hari Raya
MA dulu pun mcm tu, x berani nak drive kalau jauh2 & kalau kat highway..memang harapkan adik je.. now alhamdulillah la..dah berani sikit.. tu la guna nya adik beradik kan..tolong menolong....
ReplyDeleteMoga dipermudahkan urusan akak..
ReplyDeleteCuya ada lesen, tapi tak drive sebab takde kereta sendiri....o
Moga Cuya ada rezeki untuk beli kereta.. :D
Mmg letih asyik duk keluar je..sonok tapi yg bawak keta, penat..husband selalu bising part ni..haha..tapi nasib lah bini tak reti drive..lesen ada buat frame je...haha
ReplyDeleteSama la, nieyl pun seminggu sekali je pergi beli barang dapur untuk seminggu punya, kalau pergi pagi memang dekat2 tengah hari tu baru balik hehehe..Bila dah selalu bawa kereta, dah boring dah kan, nieyl pun sama cmtu juga hahaha..klu boleh nak org amek hantar boleh hehehe..dalam mimpi jela kata husband nieyl hahahaa
ReplyDeleteberbakti pada adik pasti dpt pahala berterusan... sygilah adik beradik semasa mrka masih hidup.mcm abe kie yg dah kehilangan kakak sulung ni mmg terasa sgt ketiadaannya...
ReplyDeletedalam kes mcm adik cik nor ni, kereta OKU... kena buat appointment dulu ke sebelum ke JPJ? banyak tak prosedurnya?
ReplyDeleteBila sesekali dapat peluang menjadi 'suri rumah' rasa macam best je, walhal penat ya amat cuma bezanya dari segi masa kita sendiri yang tetapkan, lepas ni nak buat apa, lepas tu nak buat apa.
ReplyDeleteBeruntung adik ada kakak yang baik gitu
ReplyDelete