Breaking News

Kenapa Bulu Kucing Gugur?


Sumber dari google

Adakah anda sentiasa hairan apabila terjumpa banyak bulu kucing yang tersepah di merata-rate tempat? Bimbang sama ada kucing anda menghadapi masalah keguguran bulu? Secara normalnya, bulu kucing yang lama sememangnya akan gugur dan diganti dengan bulu baru.

Namun demikian, jika keguguran ini terlalu kerap dan banyak sehingga meninggalkan kesan botak pada badan kucing, ianya akan menjadi sesuatu yang perlu diambil perhatian.

Tanda-tanda Kucing Mengalami Masalah Keguguran

Sebelum kita menyiasat punca keguguran bulu, marilah kita memerhatikan tanda-tanda kucing anda mungkin mengalami masalah keguguran.

Antara tanda-tanda kucing mempunyai masalah keguguran bulu adalah seperti berikut:

  • Badan atau bulu kucing bertompok
  • Kucing kerap menjilat badan
  • Bulu kucing gugur dengan banyak
  • Kucing semakin botak

Anda juga boleh memerhatikan beberapa bahagian badan kucing yang
kerap mengalami masalah keguguran bulu, seperti:

  • Bulu gugur di bahagian ekor
  • Bulu gugur di bahagian kepala
  • Bulu semakin nipis di bahagian leher
  • Bulu gugur di atas mata
  • Bulu gugur di telinga
  • Bulu kucing gugur di punggung
  • Bulu kucing gugur di perut

Punca Utama Bulu Kucing Gugur

Terdapat beberapa pelbagai punca bulu kucing gugur, sama ada kucing anda mengalami keguguran bulu yang banyak di sebahagian badan atau mempunyai tanda-tanda masalah keguguran bulu seperti di atas. Yang berikut adalah punca-punca yang biasanya diperhatikan:

  1. Jangkitan fungus
    Jangkitan ini merupakan sejenis penyakit kulit pada kucing yang akan menyebabkan kawasan jangkitan tersebut berbentuk bulat dan bulu akan gugur di kawasan tersebut. Jangkitan ini dipanggil sebagai ‘ringworm’. Ianya biasanya datang dari permukaan tanah atau pasir kucing yang kotor. Oleh itu, elakkan kucing anda daripada berguling-guling di atas permukaan tanah, dan selalu bersihkan pasir daripada badan kucing.
  2. Jangkitan parasit
    Jika kucing anda kerap menggaru atau menjilat tubuh, salah satu kemungkinan adalah jangkitan parasit seperti kutu atau hama. Kutu kucing akan menghisap darah dan menyebabkan kegatalan di badan kucing. Kucing akan menggaru tempat tersebut berulang kali dan secara agresif sehingga menyebabkan keguguran bulu.
  3. Alahan
    Kucing juga boleh mengalami alahan pada makanan, gigitan serangga, habuk atau ubatan yang diberi. Kesan alahan ini ialah kegatalan yang teruk pada badan kucing sehingga mereka akan menjilat badan dengan kerap. Ini akan menyebabkan bulu kucing gugur dengan banyak dan badan mereka akan bertompok.
  4. Kucing stres atau tertekan
    Kucing yang mengalami tekanan atau stres biasanya akan menjilat badan mereka dengan lebih lama sehingga menyebabkan keguguran bulu yang banyak.

Kesimpulannya, jika kucing anda mempunyai masalah keguguran bulu yang banyak sehingga badannya bertompok atau botak, cepatlah bawanya ke klinik haiwan. Di samping itu, mencegah lebih baik daripada mengubati. Belajarlah tip-tip menjaga bulu kucing melalui artikel ini sekiranya anda ingin mengambil tahu lebih tentang perkara-perkara penting yang akan memastikan bulu kucing anda sentiasa sihat. Sumber : Sini 


Cik Nor cari maklumat tentang bulu kucing Cik Nor yang banyak sangat gugur sehingga nampak kulit dia. Rupanya dia kena jangkitan fungus. Cik Nor bawak ke klinik? Tak bawak sebab fulusnya tak berapa ok. Cik Nor ada baca kat group kucing, letak minyak kelapa dara. Oleh kerana Cik Nor ni review banyak produk dan salah satunya minyak kelapa dara maka Cik Nor cuba kat kucing Cik Nor yang bermasalah tu. Tuan sendiri tak sempat nak guna, so kita suruh jerlah kucing guna.haha.


Alhamdulillah, setiap tak miss titiskan minyak kelapa dara kat tempat yang bulunya gugur, dah nampak perubahan. Kulit yang dulu agak kemerahan kian cantik dan bulu pun dah naik semula. Tak sia-sia jadi blogger ni. Produk yang tak sempat nak guna boleh guna kat kucing.haha.


Baca juga : Bila 3 Ekor Kucing Ko Beranak Serentak

5 comments:

  1. kena cari minyak kelapa dara pula ni...

    ReplyDelete
  2. kucing2 abe kie 2 ekor tu masih muda...belum gugur bulu lagi.

    ReplyDelete
  3. berguna juga brg review..tuan tak guna, kucing pun boleh..dah kebetulan pula kucing yg ada masalah..tak salah pun mencuba...

    ReplyDelete
  4. kucing MA dulu pernah kena mcm ni.. vet kata dia stress

    ReplyDelete