Terima Kasih Shikin Razali
Assalamualaikum..
Alahai Cik Nor boleh pulak dia terlupa nak tulis entry pasal gambar ni. Apa benda semua ni yer. Begini ceritanya, minggu lepas Cik Nor ada terima satu parcel. Terkejut gorilla jugak Cik Nor, job apa Cik Nor apply tiba-tiba sammpai jer. Aishh..tak keruan dibuatnya. Tak buka lagi, rasa macam kain jer dari luar, tak puas hati terus buka dan tengok cadar kat dalam.
Hati masih tak puas hati, tak ada pulak PR email ke, whatsapp ke nak hantar apa-apa produk. Hishh..job apa ni. Masih tak ingat lagi tu hadiah sebenarnya. Dah la masa tu kalu masak nak buka puasa. Biarlah dulu nanti fikir dari mana parcel ni. Yang penting kita buka puasa dengan tenang.
Lepas berbuka baru teringat yang Shikin ada whatsapp dia ada order something untuk Cik Nor kat shopee kalau tak silap. Dia siap mintak maaf sebab lambat hantar hadiah kat Cik Nor. Oh..lupa, ini hadiah pengomen tegar yang Cik Nor dapat dari blogger Shikin Razali. Dah lama sebenarnya tak singgah blog dia. Baru beberapa kali singgah, tup, tup terpilih menjadi pengomen tegar. Alhamdulillah rezeki bulan puasa orang kata.
Sambungan dari kekeliruan tadi, Cik Nor whatsapp Shikin keesokan harinya untuk pastikan parcel ni dari dia. Alhamdulillah memang betul tekaan Cik Nor. Kalau job memamg mati kutu Cik Nor nak cari PR nya. Yelah tiba-tiba sampai jer.
Apa-apa pun terima kasih Shikin sebab bagi cadar ni sebagai hadiah pengomen tegar. Macam tahu-tahu jer cadar Cik Nor dah macm roti kirai..haha. Gurau jer..ada jer yang baru tapi malas nak pasang..huhu. InsyaAllah kalau ada kelapangan Cik Nor singgah sellau kat blog Shikin.
Baca juga : Terima kasih Suria Amanda
congrats!!! hadiah yg sgt useful!!
ReplyDeleteperghhhh cadar raya lerrr nantiiiii😉😉
ReplyDeletealhamdulillah rezeki..cadar raya, cik nor.. ;)
ReplyDeleteTahniah rezeki bulan puasa tu, hihihi,
ReplyDeleteBaguus hadiah sheet nya cik nor 👍. Saya suka motif dan warnanya tuh ❤️.
ReplyDeletetahniah dan syabas! rezeki mencurah2 buat cik nor pd Ramadhan ini...
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki tak salah alamat
ReplyDeleteTahniah kakk
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih pada Cik Nor kerana selalu singgah ke jurnal saya..
ReplyDelete