Kurangkan Kegatalan Muka Akibat Jerawat Dan Resdung Dengan Safa Face Deep Cleansing
Assalamualaikum..
Korang pernah tak rasa gatal muka atau ketidakselesaan muka bila makan makanan laut atau berada di tempat banyak habuk atau debu. Cik Nor memang ada masalah macam ni. Jenuh la cari pencuci muka yang sesuai untuk mengatasi masalah ini. Mana tak nya, kejap gatal hidung dan bersin. Adakalanya tidak semena-menanya hidung tiba-tiba berair dan mata pun kadang-kadang berair dan kabur. Itu antara simptom bila Cik Nor makan makanan laut seperti udang, sotong, ketam dan lain-lain lagi. Satu lagi bila nak period kegatalan kerana jerawat nak muncul memang menyakitkan.
Memang parah juga gatalnya, kadang-kadang tu muncul kat dahi. Dahla jerawat ni muncul 2 tiga hari awal sebelum keluar darah period. Waktu solat ketika hendak sujud, terasa nak garu jer kat tempat jerawat tumbuh tu.
Nasib baik lah ada kawan perkenalkan Cik Nor dengan Safa Face Deep Cleansing. Sabun ini diperbuat khas untuk mengurangkan gatal-gatal dan jerawat akibat resdung.Memang tepatlah Cik Nor jumpa sabun ni. Sekarang ni memang kerap sangat bersin, tidak kira waktu. Kalau bersin sahaja tak ada hal tapi siap pakej hidung berair macam selsema. Korang yang ada masalah jerawat pun boleh cuba sabun ni tau. Tak kiralah jerawat batu ke, jerawat pasir semua boleh guna. Apa yang penting sabun ni boleh mengurangkan kegatalan yang disebabkan oleh jerawat.
Kenapa muka kita selalu gatal?
- Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai.
- Elergik : Persekitaran, habuk dan bulu kucing
- Jerawat
- Pori-pori tersumbat
Cik Nor dah cuba sabun ni dan hasilnya memang menakjubkan. Korang yang ada masalah seperti Cik Nor patut cuba sabun ni kerana :
1. Membantu mengurangkan kegatalan dimuka akibat resdung, debu dan alahan bulu kucing.
2. Membantu menanggalkan sel kulit mati yang boleh menyebabkan pori-pori tersumbat
3. Memudarkan parut hitam akibat jerawat.
4. Mengecutkan jerawat.
5. Tidak menyebabkan kulit menjadi tegang selepas mencuci.
6. Mencerah dan menyegarkan kulit wajah.
7. Membersih sehingga ke liang pori.
8. Mengawal minyak dimuka.
Cara guna Safa Face Deep Cleansing ni pun mudah, macam korang guna pencuci muka biasa jugak. Korang boleh guna pencuci muka ni 2 kali sehari iaitu di waktu pagi dan malam atau ketika muka korang di serang gatal-gatal.. Oleh kerana bar sabun ni agak besar, Cik Nor bahagi kepada 4 bahagian supaya lebih jimat.
a) Basahkan muka terlebih dahulu dengan air bersih atau air suam.
b) Basahkan sabun dengan air dan gosok perlahan-lahan sehingga mengeluarkan buih.
c) Sapu lembut pada wajah dan urut 2-3 minit. Kemudian bilas seperti biasa.
Safa Face Deep Cleansing ini mengandungi: Aqua, Lauric Acid, Stearic Acid, Decyl Glucoside, Glycerin, Cocamidopropyl Betaine, Sucrose, Propylene Glycol, Sodium Hyaluronate, Panthenol, Propanediol, Sorbitol, Sodium Lactate, Hydroxyacetophenone, Caprylyl Glycol, Dipropylene Glycol, Dipotassium Glycyrrhizinate, D-panthenol, Sodium Citrate, Niacinamide, Pelargonium Graveolens (Geranium) Flower Oil, Lavandula Angustifolia (Lavender) Flower Oil, Bifida Ferment Lysate, Salicylic Acid, Sodium Chloride. Kandungan sabun pencuci muka ini baik untuk kulit muka yang bermasalah seperti resdung dan juga jerawat.
Oppss.. lupa nak bagi tahu, sabun ini tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit muka yang kering. Kalau nak guna jugak boleh tapi kena selalu pakai moisturizer tau. Ia amat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit muka berminyak.
Jangan salah sangka, sabun ini bukan sabun resdung tapi sesuai untuk resdung. Ia juga bukan sabun ekzema dan tidak sesuai untuk ekzema.
Pengalaman Cik Nor setelah menggunakan sabun ini selama seminggu. Kulit muka Cik Nor yang selalu gatal sudah beransur hilang, bukan hilang sepenuhnya tapi berkurangan dari kebiasaan. Bersin pun dah berkurangan. Malah kulit muka pun menjadi lebih lembap dan bersih dari sebelum ini. Memang terasa kelainan bila berhari-hari guna sabun ni. Paling best part jerawat lah, bila guna sabun ni dah tak payah berperang dengan jerawat lagi bila time period. Kalau tak setiap bulan mesti pening cari penyelesaian untuk masalah jerawat ni. Sekarang dah boleh senyum lebar bila jerawat muncul tiba-tiba.
Korang yang ada masalah seperti yang Cik Nor senaraikan di atas terutama masalah jerawat boleh lah cuba, mana tahu serasi. Untuk maklumat lanjut korang boleh lawati :
Website : www.raudahbeauty.com
Instagram: https://instagram.com/raudahbeautyofficial?igshid=YmMyMTA2M2Y=
Tiktok: https://www.tiktok.com/@raudahbeauty?_t=8aGiqHZnT06&_r=1
Facebook: https://www.facebook.com/raudahbeautyofficial?mibextid=ZbW
Tq share
ReplyDeletewah! Makin flawless muka cik nor bila pakai produk ni...good luck!
ReplyDeletekalau cik nir guna tu serasi harap2 nya eloklah smpi bla2👍
ReplyDeletegood sharing cik nor..boleh lah untuk org yg ada masalah macam Cik Nor cuba sabun ni juga..mana tau serasi..tak cuba tak tahu...
ReplyDelete