Breaking News

Penat Menunggu Di Klinik Kesihatan

 

Assalamualaikum..

 Kalau Cik Nor tak updates apa-apa entry baru kat blog bermakna Cik Nor tak ada kat rumah. Contohnya kalau hari sabtu, pagi-pagi lagi Cik Nor dah keluar pergi pasar cari lauk basah untuk stok seminggu. Bukan untuk rumah Cik Nor sahaja tapi untuk rumah nenek sekali. Balik dah tengahari mana sempat nak buka laptop dah. Petang memang jarang buka laptop, kalau layan media sosial kat phone jer.

Semalam Cik Nor teman pergi check up bulanan dia. Dia nak kuat sangat nak jalan tu yang dia suruh teman. Biasa dia pergi sendiri jer, Cik Nor tunggu kat tempat parking. Sekarang ni kesihatan dia makin merosot kenalah ada yang teman. Tanya dia nak bawa kerusi roda ke? Dia kata tak perlu sebab takut sesak pulak sebab kawasan klinik kesihatan tu sempit dan orang pulak ramai.

Kalau ikutkan tarik sebenar check up hujung bulan lepas tapi dia tak sihat dan nak jalan pun tak kuat, dia skip tarikh tu dan datang semula semalam. Ingat pergi hari ni, tapi dia kata hari isnin untuk yang ada tarikh appointment jer. Cik Nor akur ikut jerlah dia kata. Semalam Cik Nor tak drive sebab kereta cik Nor tak ada, kakak bawak kereta Cik Nor. Adik Cik Nor yang yang OKU tu tolong hantarkan.

Kami pergi pukul 9 macam tu lah, masa daftar tu laju sangat-sangat dah. Ingatkan plaing lewat kami boleh balik pukul 11 pagi tapi sangkaan tu meleset sebab pukul 1 tengahari baru kami sampai rumah. Orang nya tak ramai sebab hari ni hari untuk orang mengandung dan bersalin check up. Tapi kerana dok asyik nak selesai masalah patient mengandung dan anak dalam kandungan tu besar, kami yang menunggu ni stuck selama 2 jam. Cik Nor ngan adik Cik Nor dah bosan dah menunggu, ingat nak balik dan datang semula pagi esoknya. Tapi mak Cik Nor kata sabarlah dulu, alang-alang dah lama menunggu kita buat biar siap.

Akur dengan kata-kata tu Cik Nor tunggu jer lah walaupun dah boring sangat.  Rasa nak marah jer doktor tu, kenapa lama sangat dok tumpukan pada pantient yang mengandung tadi. Dah tahu dia bermasalah buat jer surat dan refer dia ke hospital besar terus. Tak adalah lama sangat warga emas yang kat luar ni menunggu. Kalau kami kat hospital besar memang tak kisah tunggu lama-lama sebab dah tahu orang memang ramai, tapi ni kami kat klinik kesihatan jer.

Nasib baik masa dia check up mak tu kejap jer. Nak ambik ubat pulak lama jugak. Kena tunggu dalam 5 ke 10 minit jugaklah.  Akhirny pukul 12 lebih baru siap semuanya. Cerita dekat akak yang lama dok klinik. Nasib baik dia belanja sup daging, tak adalah Cik Nor terkocoh-kocoh balik keluarkan ikan yang beku nak masak. Balik tu Cik Nor cuma masak nasi dan goreng telur dadar sahaja. Penat menunggu tak payah cerita lah.huhu

Begitulah cerita Cik Nor setiap bulan bila menghantar mak pergi checck up bulanan.

Baca juga : Selamat Datang Mac

6 comments:

  1. boleh potong jari kalau g KKM pukul 8am blk 8.30am

    ReplyDelete
  2. kalau sakit bertambah sakit
    emmm sb tu kadang malas nya kat ke KK

    ReplyDelete
  3. memang kena byk sabar jika ke klinik kesihatan awam...

    ReplyDelete
  4. yea faham sangat cik nor..kalau pi ke KK atau hsptl, macamni lah..penat menunggu giliran..mata ni duk tengok kat angka giliran je bila nak naik nombor...

    ReplyDelete
  5. Biasalah tu Cik Nor kalau dah pergi KK kan. Datang awal pun kena tunggu lama. Datang lambat lagi lah tunggu lama

    ReplyDelete