Breaking News

Finale Akademi Qurra

 

Assalamualaikum..

Memang dari awal mak Cik Nor layan program ni, korang jangan tanya lah Cik Nor layan ke tak? Kalau tak ada kerja lain memang layan lah. Kalau tak sekejap layan sejekap tak. Hehe. Cik Nor suka layan program macam ni tambah-tambah bila dengan orang mengaji menggunakan lagu, mendayu-dayu jadinya. Allah sedap dan lunak suara diorang ni. 

Kadang-kadang jeles pulak dengar diorang ni mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan merdu macam tu. Berangan juga nak jadi macam diorang tu tapi tu lah, angan-angan mat jenin jer lah kot.hehe.  Program ini disertai oleh 12 peserta iaitu Tilmiz Saifullah, Tilmiz Akasyah, Tilmiz Zuhdi, Tilmiz Fahmi, Tilmiz Adam, Tilmiz Faridzuan, Tilmiz Afif, Tilmizah Dr. Noraini, Tilmizah Maghfirah, Tilmizah Nazirah, Tilmizah Syafiyah dan Tilmizah Syahirah

Hanya 5 peserta yang layak ke peringkat akhir iaitu Tilmiz Akasyah, Tilmiz Zuhdi, Tilmiz Fahmi, Tilmizah Dr. Noraini dan Tilmizah Maghfirah. Mereka  semua ni dibantu dan di tunjuk ajar oleh Mudarris Ustaz Ammar Mukhlis, Mudarrisah Farhatul Fairuizzah dan Mudarrisah Sofizah. 

Tahniah buat Tilmiz Fahmi yang menjadi johan Akademi Qurra 2023, manakala naib johan pula Tilmizah Dr. Noraini dan tempat ke 3 Tilmizah Maghfirah.

Tahniah kepada semua peserta Akademi Qurra 2023.

Baca juga : Keputusan Penuh Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H

3 comments:

  1. sy x tgk tp peserta2 ni mesti hebat mengaji kan?👍👍👍

    ReplyDelete
  2. betul cik nor..sedap dgr org yang pandai mengaji ni..berlagu-lagu, lunak merdu je suara..jeles dengar..

    ReplyDelete
  3. Abah dengan mak kat rumah pun selalu tengok tapi saya tak tengok sebab kat rumah dah lama tak tengok tv

    ReplyDelete