Breaking News

Aroma Essential Oil Atasi Penat Bekerja | Gya Labs



Assalamualaikum..

Dulu kan masa kat universiti Cik Nor suka sangat tengok orang bakar minyak aromaterapi. Ala-ala romantik gitu. Gigih la Cik Nor mencari bekal nak bakar minyak aromaterapi tu. Minyak dia tu Cik nor main hentam jer janji baunya wangi.  Dulu tak tahu sangat pasal Essential oil ni. Ikut jer apa orang buat. Janji bilik baru wangi..hihi. Tapi kini Cik Nor dah tahu memilih Essential Oil ni sejak diperkenalkan dengan produk dari Gya Labs.

Jom kita tengok apa produk dari Gya Labs ini.

Essential Oil Dari Gya Labs



Dari pelbagi jenis essential oil yang kita jumpa kebanyakan digunakan untuk mewangi bilik dan kediaman sahaja. Apa yang menarik essential oil dari Gya Labs ini ialah ia boleh dijadikan sebagai skincare seharian kita. Lebih kurang macam serum gitu la. Wangi memang sangat-sangat wangi la. Rasa macam pakai perfume la pulak.hehe. Cik Nor paling suka wangian Sweet Orange dan juga May Chang. Essential oil ini buka sahaja boleh dijadikan skincare tapi boleh juga dijadikan ubat penenang dikala kita sedang stress.

Korang jangan tak tahu produk dari Gya Labs ini produk import tau. Wangian Sweet Orange ini dari Brazil dan May Chang pula dari negara Vietnam. Wow..kali pertama mencuba produk dari luar negara ni. Rasa teruja sangat bila mencuba essential oil ini.


MAY CHANG SCENTS




  • Wangian May Chang menggambarkan bahawa kita melangkah dengan keyakinan dan seakan-akan kelihatan tinggi dek oleh wangian yang dihasilkan. May Chang juga mampu memberikan keseimbangan antara kulit yang berminyak dan terhidrat dengan baik. Hal ini kerana minyak penting dalam muka datang dengan kualiti yang bagus. May Chang merupakan serum untuk kulit yang sihat dan cantik.
  • Wangian May Chang juga mampu meningkatkan tenaga kita dan menaikkan semangat dan jiwa. Malah ianya juga mampu menyegarkan dan menyemarakkan perasaan tenang kita. Jadi, bila sifat positif ada dalam diri kita, secara tidak langsung hari yang mencabar kita akan berjalan dengan lancar.
  • May Chang juga mampu memberikan anda masa santai di mana ianya membantu untuk kita bernafas dengan lancar.


SWEET ORANGE SCENTS



  • Sweet orang ni lebih kepada boostkan mood kita menjadi baik. Dengan aktiviti dan kerja seharian, mestilah kita akan stress, betul tak? Jadi, aroma sweet orange ni sangat menenangkan fikiran kita.
  • Specialnya bau sweet orange ni adalah ianya boleh digunakan pada kulit kita. Kalau kita mempunyai masalah kulit, sapukan je sweet orange pada kulit korang. Bukan setakat wangi, malah ianya memang bagus untuk kulit.
  • Dan lagi satu, bukan setakat bagus untuk kulit, malah ianya sangat bagus untuk akar rambut kita. Korang ada masalah rambut gugur lagi-lagi untuk perempuan? Haaaa, sebelum tidur tu sapu je sweet orange dekat akar rambut.
  •  
    Essential oil ni Cik Nor selalu guna sebelum tidur. hehe. Cik Nor kalau bau wangi memang senang nak lelap. Betul tak korang? Wangian dia sangat menawan hati dan rasa macam nak guna selalu jer. Patut la Cik Nor pernah baca dulu kalau nak tidur kita nyenyak jangan lupa wangikan bilik dengan wangian yang menyegarkan agar tidur kita lebih lena dan tiada gangguan.
    Dekat mana nak dapatkannya?
    Mudah jer..teknologi dihujung jari kan.hehe. Oleh kerana produk ini daripada luar negara, memang mengambil masa untuk masuk ke pasaran Malaysia. Tapi jangan risau,korang boleh jer beli secara dalam talian di  Shopee dan juga Lazada. Tempat korang selalu shopping sakan tu kan..hehe
    Jadi, jangan lupa dapatkan essential oil korang ye. Memang sesuai untuk kegunaan harian.


Jangan lupa lawati :

Instagram : https://www.instagram.com/gyalabs_asia/
Facebook : https://facebook.com/gyalabasia/

12 comments:

  1. Bagus ni, boleh tenangkan jiwa duka lara gitu...

    ReplyDelete
  2. Menariklah essential oil ni.. Rose tak pernah cuba mana-mana essential oil sebelum ni. Bila dah baca ni, macam teringin pula nak cuba.

    ReplyDelete
  3. Dulu pernah beli essential oil tapi sekarang dah tak sempat, bimbang jugak anak main nanti

    ReplyDelete
  4. betul tu kalau balik kerja penat2 masuk rumah yg ada haruman yang Wangi dan segar segala penat akan hilang..nyamannya

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..

    Maybank tengah offer promosi voucher RM20 untuk semua ahli KIKO & BABY KIKO. Promosi ini akan tamat pada 28/02/2018.

    Perlukan promosi kad kredit atau debit yang lain? Cuba lah applikasi Malldash! Anda boleh cari dan lihat semua senarai promosi kad kredit/debit dalam shopping malls berdekatan dengan anda.

    MallDash terdapat dalam Apple App Store dan Google Play Store secara percuma.

    *T&C apply

    ReplyDelete
  6. penat bekerja pastu menghidu haruman sehar, mesti hlg segala kelelahan..

    ReplyDelete
  7. Mesti rasa tenang jiwa raga bila dpt menikmati haruman yg wangi ni kan cik nor

    ReplyDelete
  8. sesuai sangatlah essential oil ini untuk saya. sebab asyik stress jea di tempat kerja

    ReplyDelete
  9. Teringin pulak nk cuba. Sbb slalu je stress balik keje

    ReplyDelete
  10. dah try may chang..best..semerbak bau dia...

    ReplyDelete
  11. uuish seronok lew bau wangi.. penat2 kerja hilangkan stress dengan aroma..

    ReplyDelete