Selamat Pengantin Baru Fattah Amin Dan Fazura
Assalamualaikum..
Wah, 2 minggu ni panas dengan berita sensasi dunia hiburan. Berita tentang pertunangan dan perkahwinan Fattah Amin dan Fazura. Mana tak sensasinya sidang media mengumunkan pertunangan mereka pada 23 November 2017 menenggelamkan pengumuman keputusan UPSR 2017. Sensasi kan?
Ingat kan sebelum pergi umrah mereka dah berkahwin dan ada khabar-khabar angin mengatakan mereka bakal bernikah di Mekah kerana membawa bersama pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dalam rombongan tersebut. Ternyata khabar angin tersebut semuanya tak betul. Rupanya malam sebelum bertolak mengerjakan umrah mereka telah bertunang dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.
Malam tadi kecoh lagi pasal pernikahan mereka berdua. Alhamdulillah...dengan sekali lafaz Fattah Amin sah menjadi suami Fazura. Rasa macam kejap jer diaorang tu kenal dan berlakon bersama. Tup-tup dah selamat menjadi suami isteri. Tu lah kan kalau jodoh dah sampai. Tanpa dijangka tiba-tiba kita dah kahwin. Macam dalam mimpi kan? Hehe
Asyik baca berita orang jer kahwin, turn Cik Nor sendiri entah bila la nak sampai. Hari-hari doa moga dicepatkan bertemu jodoh. Tapi Allah tak makbulkan lagi doa Cik Nor tu. Korang doakan sekali yer moga Cik Nor cepat bertemu jodoh yer. Hehe. Eh..merepek apa pulak Cik Nor ni. Layankan ajer yer.haha. Apa-apa pun tahniah dan selamat pengantin baru buat Fattah Amin dan Fazura. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah..aamiin
Tahniah dua retis ni..semoga mereka bahagia
ReplyDeletebnyk surprise dri dorang ni.. tp apapun both cute!
ReplyDeletesaya mengaminkan...aminnn
ReplyDeleteinsyallah..slow slow ciknor. Adalah tu nanti.. Ada kumbang kumbang mengintai..jangan lupa, ina ni nanti ya.. ehehe
ReplyDeleteDulu tak minat si patah tapi bila kahwin dengan fazura, terus minat! Hahahahahaaa kayu pun kayu lah
ReplyDeleteHa a mcm kejap je depa kawan pas tu tup tup dah kawen. Eloklah tu. Sama cantik sama padan pun diaorg tu. Nak tunggu lama lama buat apa. Insyaallah Cik Nor sampai masa adalah tu jodoh Cik Nor. Manalah tau jodoh Cik Nor tu tgk rancangan Tumut Tinggi hihi
ReplyDeletesweet sangat kan dorang ni.. in shaa Allah nanti kita pun kahwin :)
ReplyDeleteAlhamdulillah .semoga bahagia hingga ke jannah
ReplyDeleteInsyaallah..Aamin..ada jodoh cik nor..keep positif... ;)
ReplyDeletehi jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini
ReplyDeletehttp://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html
tahniah fattah n fazura.. ekin doakan semoga Allah percepatkan JODOH cik nor dengan lelaki yang baik
ReplyDeleteSemoga doa Cik Nor termakbul..aaminn
ReplyDelete