Breaking News

Kekal Aktif Dan Wangi Sepanjang Hari Dengan Enchanteur Paris Petite Parfume






Assalamualaikum..

Wanita dengan wangian memang tak dapat dipisahkan. Mana ada wanita disitu lah ada wangian. Bagi wanita aktif wangian amat penting dalam diari hidup mereka. Tapi mereka selalu bermasalah untuk membawa botol wangian yang besar itu ke mana sahaja. Dah la berat mahu putus tali handbag kan. 

Kita masalah itu telah berakhir bika enchanteur telah memperkenalkan wangian EDT atau botol mini yang senang dibawa ke masa sahaja tanpa bebenan yang berat. Nak tahu lebih lanjut apa itu Enchaunteur EDT jom baca dengan lebih lanjut maklumat tentang Enchaunteur.

Kebiasaan hari seorang wanita bermula dengan semburan wangian pada nadi, rambutnya dirapi dan membuat kemasan terakhir pada pakaian dan solekan di hadapan cermin sebelum melangkahkeluar. Menjelang tengahhari, selepas menghadiri beberapa mesyuarat dan melakukan tugasan lain beliau akan menambah gincupada bibir selepas makan tengahari. Menjelang petang, beliau akan membuat perancangan bersama rakan untuk menikmati makan malam, ataupun temujanji bersama teman lelaki dan sekali lagi membuat sentuhan terakhir pada solekan sebelum melangkah keluar. Satu perkara yang perlu beliau ingat setiap kali selepas merapikan semula diri adalah untuk menyembur semula wangian memandangkan bau dapat mencipta daya tarikan penuh “scent-sasi” dan memberi impresi yang berkekalan.

ENCHANTEUR berbangga menjadi pakar dalam memperkenalkan wangian Perancis yang memahami keperluan dandanan wanita dan sentiasa berusaha untuk mencipta inovasi bagi menghasilkan produk yang relevan. ENCHANTEUR juga sedar bahawa sesetengah wanita sering membawa bersama sebotol wangian EDT atau semburan wangian badan untuk merapikan semula wangian diri.


ENCHANTEUR memperkenalkan wangian terbaharu mesra beg tangan iaitu ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dalam bentuk bebuli yang boleh didapati dalam saiz padat 9ml. Rangkaian ini merupakan inspirasi personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh dengan tenaga dan sentiasa menyerlah. Dengan usahasama bersama pencipta wangian Perancis, ENCHANTEUR menterjemahkan personafikasi keempat-empat gadis ini pada pakej pembungkusan yang menarik. Dilancarkan dalam empat variasi wangian, para gadis kini mempunyai dua pilihan dari 2 aroma paling laris dari rangkaian ENCHANTEUR PARIS, iaitu Belle Amour dan Adore; serta wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa perlu mencuci wangian. Tambahan pula, formulasi berasaskan minyak ini membolehkan aromanya bertahan lebih lama.



Direka dengan aplikasi bebuli membolehkan pengaplikasian menjadi lebih pantas dan mudah pada bila-bila masa sepanjang hari. Cara penggunaan yang mudah dapat membangkitkan deria seseorang secara halus disulami sentuhan keajaiban.

Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM yang baharu, anda akan sentiasa bersedia untuk mencipta saat penuh sensasi, di mana sahaja. Pembungkusan berbentuk kompak dan mudah ini cukup kecil untuk dimuatkan di dalam tas tangan anda, direka untuk kelihatan hampir sama dengan saiz gincu, menjadikannya benda penting yang perlu ada sebelum meninggalkan rumah. Rekaannya juga mesra pesawat dan mudah dimuatkan di dalam beg kosmetik atau bagasi bimbit sebagai penambah wangian yang lebih mudah. Kini, para wanita boleh membawa pelbagai wangian di dalam tas tangan tanpa perlu bimbang tentang lebihan ruang atau muatan.



ENCHANTEUR merupakan rangkaian berkualiti berinspirasikan wangian dan produk penjagaan diri dari Paris

Wangian ENCHANTEUR dicipta khas untuk menyemarakkan saat kemesraan di dalam setiap perjalanan romantis seorang wanita



Rangkaian ini membolehkan wanita meneroka kreativiti yang sememangnya ada pada diri mereka! Mereka boleh suai padankan mana-mana wangian untuk mencipta wangian tersendiri yang menjadi ‘signature’ sipemakai.



ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Jolie (Lovely)
Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Pear amat sepadan dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan, atau insan istimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk memberikan ‘mood’ tenang ketika bersama pasangan. Kemasan biru denim menjadikan anda kekal anggun di pandangan dan tetap disukai.



ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Cheri (Darling)
Buat yang berhati muda remaja, kami persembahkan bauan yang enak dan manis untuk memastikan anda tersenyum sepanjang hari. Bagi sigadis yang gemar menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanilla yang lazat bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai.



ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Belle Amour (Beautiful Love)
Ciptaan dari aroma yang menawan yang mampu membuat jantungmu berdegup dan meransang deria. Pembungkusan merah jambu ini bakal mengimbau memori sigadis pada saat temujanji pertama manakala campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink Rose Paris amat sesuai dengan gadis berpersonaliti romantis dan menawan. Belle Amour membolehkan anda menikmati setiap kenangan manis dengan yang tersayang, dan menjadikan mu teman istimewanya selamanya.



ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Adore (Adorable)
Haruman ‘signature’ ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona pembungkusan ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan sigadis yang elegan, anggun dan manis pada malam temujanji romantisnya. Cipta kesan berpanjangan pada temujanji anda dah penuhi hatinya dengan dambaan kasih padamu.

Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM, anda akan sentiasa bersedia. Hanya perlu diaplikasikan ke nadi bila-bila masa yang anda inginkan dan anda akan sentiasa bersedia untuk mencetuskan saat romantis bersamanya.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak), di Watsons, Guadian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara.  

9 comments:

  1. rase terhidu-hidu je bau wangi perfume ni.

    ReplyDelete
  2. banyak koleksi dah cik nor dengan enchanteur tu hiii.. meh la kasi sini sikit. :D

    ReplyDelete
  3. senang nak bawak travel ada petite perfume enchanteur baru ni.. ;)

    ReplyDelete
  4. pek kecik..mudah dibawa kemana sahaja

    ReplyDelete
  5. kalau perfume jenama enchanteur ni memang wangi dan terus mewangi lah katanya..hihi..

    ReplyDelete
  6. hehehe ada empat kan ? nak satuuu hahaha x malu mintak =P

    ReplyDelete
  7. eh eh... ni bau sapa ni smpi ke sinilah harum dia ;-)

    ReplyDelete